"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja kencing dalam periuk hotpot diarah bayar pampasan RM1.3 juta

KOSMO
Gambar hiasan periuk sup di restoran hotpot. - Getty Images
BEIJING – Dua remaja di China diperintahkan membayar pampasan sebanyak 2.2 juta yuan (RM1.3 juta) kepada dua syarikat katering kerana membuang air kecil di dalam periuk sup di sebuah restoran hotpot, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Insiden berlaku pada Februari lalu di restoran hotpot Haidilao cawangan Shanghai ketika dua remaja berusia 17 tahun itu melakukan perbuatan tersebut dalam keadaan mabuk.

Susulan kejadian tersebut, Haidilao menuntut kerugian lebih 23 juta yuan (RM13.5 juta) dengan berkata, ia mengambil kira jumlah pampasan yang dibayar kepada pelanggan atas kejadian itu.

Jumaat lalu, sebuah mahkamah Shanghai mendapati bahawa dua remaja terbabit telah melanggar hak harta syarikat serta reputasi melalui tindakan penghinaan.

Mahkamah menyatakan bahawa tindakan kedua-dua defendan mencemarkan pinggan mangkuk dan menyebabkan ketidakselesaan yang teruk dalam kalangan orang ramai.

Ia juga mendapati bahawa ibu bapa defendan gagal menunaikan kewajipan penjagaan dan memerintahkan mereka menanggung bayaran pampasan tersebut, lapor media kerajaan.

Haidilao menawarkan untuk membayar pampasan kepada lebih 4,000 pengunjung yang mengunjungi cawangan itu antara 24 Februari iaitu tarikh lawatan defendan, hingga 8 Mac.

Restoran itu juga menggantikan semua peralatan hotpot dan berkata, mereka telah menjalankan kerja-kerja pembersihan serta pembasmian kuman. – AGENSI 

‘Awak menteri atau tak, saya akan ambil tindakan’

Shakira Buang
story-image
Bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menuntut ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani menarik balik tuduhan bahawa dia menipu berhubung isu pembangunan Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

“Saya nak minta tarik balik kenyataan saya menipu. 

“Selain itu, saya tidak ada pilihan, sama ada awak menteri atau tidak, saya akan ambil tindakan,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Khalid, dia tidak pernah mencampuradukkan isu pembangunan Kampung Baru dengan Kampung Sungai Baru sebagaimana yang didakwa menteri perladangan dan komoditi itu.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi meminta Johari yang juga dilantik mengetuai Pasukan Khas Umno bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB), untuk menguruskan isu Kampung Sungai Baru.

Baru-baru ini tular kembali video lama Johari yang mendakwa Khalid mengelirukan rakyat dalam penjelasannya mengenai pembangunan semula kawasan Kampung Sungai Baru.

Video itu dipercayai dirakam pada 2022, ketika BN dan PH masih belum bersama dalam kerajaan.

Dalam video berkenaan, Johari mendakwa Khalid ketika menjawat Menteri Wilayah Persekutuan di zaman PH, “putar cerita” dalam isu pembangunan di kawasan itu.

“Video dia (Johari Ghani) banyak dimainkan, yang mana dia kata masalahnya bila dia tak jadi ahli Parlimen, Khalid Samad tak halang pemaju ini untuk memindahkan penduduk ke Kerinchi dan sebagainya. Tetapi bila dia jadi ahli Parlimen, dia telah berusaha untuk menghalang. Ini yang dia cakap.

“Saya nak cakap, sama ada dia atau tidak, kalau dia ambil berat tentang penduduk dan rakyat dia, tentang kawasan Kampung Baru ini dan dia nampak perkara itu tidak baik dia seharusnya bersuara, walaupun dia bukan ahli Parlimen.

“Keduanya, bila dia dah kata pemaju cap ayam makanya kita faham bahawa dia tak bantah pembangunan. Hanya dia rasa pemaju itu tak mampu, kewangannya tak kuat. Tetapi sekarang ini terbukti bantahan itu meleset kerana pemaju dah lunaskan dan bayar pampasan semua,” katanya lagi.

Sementara itu, Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah berkata, dia bersedia berdebat dengan bekas menteri wilayah persekutuan terdahulu dan Johari dalam isu melibatkan Kampung Sungai Baru.

Khalid berkata, tawaran tersebut dibuat dengan bersyarat bagi memastikan sesi debat dilaksanakan dalam suasana terkawal dan adil.

"Saya bersedia berdebat dengan bekas Menteri Wilayah Persekutuan termasuk Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Dan panggil Johari Ghani sekali sebab ini kawasan dia, saya nak tahu semua benda yang dibuat.

"Debat boleh dilakukan di mana saja. Namun, debat perlu dilakukan secara langsung dan moderator perlu seorang yang adil, "tambahnya.

Pegawai penyiasat tak keluar borang permintaan pemeriksaan jenazah Zara

Bernama

KOTA KINABALU: Seorang pegawai perubatan hari ini memaklumkan Mahkamah Koroner di sini bahawa pegawai penyiasat kes Zara Qairina Mahathir tidak mengeluarkan borang POL 61 iaitu permintaan pemeriksaan ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu itu.

Perkara itu didedahkan oleh Dr Logaraj Ratha, yang ditempatkan untuk latihan luar kampus di Jabatan Perubatan Forensik (mortuari) Hospital Queen Elizabeth sejak Jun tahun lepas, di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

“Saya telah menerima surat pelepasan atau kebenaran penyerahan jenazah daripada Inspektor Wong Yew Zhung agar jenazah remaja itu diserahkan kepada ibunya, Noraidah Lamat tanpa melalui proses bedah siasat medikolegal,” kata saksi ketujuh itu ketika membacakan pernyataan saksi pada hari kelapan prosiding inkues berhubung kematian remaja tersebut.

Menceritakan insiden pada 17 Julai lepas iaitu hari Zara Qairina disahkan meninggal dunia, saksi berkata beliau dimaklumkan tentang satu kematian di Wad Neurosurgeri yang melibatkan siasatan polis sebelum jenazah dibawa ke mortuari.

Memandangkan kes itu membabitkan siasatan polis, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Pakar Patologi Forensik yang bertugas iaitu Dr Ding Chee Swan.

“Saya telah menghubungi Inspektor Wong dan beliau memberitahu saya bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa punca kematian Zara Qairina adalah akibat Severe Traumatic Brain Injury with Hypoxic Ischemic Encephalopathy.

“Inspektor Wong turut memaklumkan bahawa beliau akan berbincang dengan pegawai atasan sebelum memberi maklum balas lanjut.

“Kemudian, beliau memberitahu saya bahawa pihak polis tidak akan mengeluarkan borang POL 61 dan pihak hospital boleh menyerahkan jenazah Zara Qairina kepada keluarganya tanpa melalui proses bedah siasat medikolegal,” kata beliau sambil menambah jenazah pelajar itu kemudian diserahkan kepada ibunya.