Akhirnya kini Ahmad Tajuddin menjadi Ketua Bahagian sedangkan majoriti orang dibawahnya adalah dari team Manan Ismail iaitu orang yang ditewaskan semasa pemilihan pucuk pimpinan tertinggi bahagian itu. Ahmad Tajuddin sungguh berbangga dengan kemenangannya, sedangkan beliau tahu sudah pasti orang-orang Manan akan menyerang serta menjatuhkannya dari dalam. Inilah yang amat digusarkan sebenarnya. Tambahan pula Manan Ismail yang ditewaskan itu juga adalah proksi Najib Razak yang bakal ditabalkan sebagai Presiden UMNO tidak lama lagi. Inilah yang membuatkan Ahmad Tajuddin sedikit tercabar, dan susulan daripada tindakan Lembaga Displin UMNO menjatuhkan hukuman kepada Manan Ismail dan orang kanannya yang merupakan wakil rakyat di ketiga-tiga DUN di parlimen Paya Besar maka ia memberi sedikit ruang untuk Ahmad Tajuddin "berkokok" dan "besar kepala". Kononnya beliau lebih bersih dari seteru politiknya itu, walhal mereka sebenarnya sama sahaja bahkan datang dari parti politik yang sama. Akhirnya Ahmad Tajuddin dengan bangganya mencabar dan menggesa supaya Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob meletakkan jawatan beliau. Ini kononnya bagi mengambil tanggugjawab atas penglibatan orang-orang Adnan dalam kes politik wang yan berlaku di bahagian itu. Demi maruah dan harga diri Ahmad Tajuddin mahu Adnan melepaskan jawatanya itu dengan segara. Berlakulah pertembungan politik yang tidak dijangka-jangka sebenarnya. Isu ini semakin panas bila Adnan pula mencabar Ahmad Tajuddin yang meletakkan jawatan kerana gagal menerajui UMNO Bahagian Paya Besar.
Tajuddin Akan Gagalkan Adnan Menang MT
Cabaran itu tidak berakhir begitu sahaja, dan terkini Ahmad Tajuddin menyatakan beliau sedia menyahut cabaran Datuk Seri Adnan Yaakob untuk bersumpah (mubahalah) berhubung dakwaannya mengenai campur tangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pahang dalam pemilihan Umno bahagian itu tahun lepas. Ahmad Tajuddin mencadangkan mubalahah itu diadakan pada pukul 10 pagi Selasa depan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. "Saya akan menunggu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang di tempat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ahmad Tajuddin sebelum ini menggesa Adnan meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab terhadap keputusan Lembaga Disiplin Umno menggantung keahlian Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail selama setahun dan memberi amaran kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Md Sohaimi; ADUN Lepar yang juga Naib Ketua Bahagian, Mohd Shohaimi Jusoh dan Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian, yang juga ADUN Panching Mohd Zaili Besar. Kesemua mereka adalah anggota Umno Bahagian Paya Besar yang didapati bersalah melanggar Tata Etika Ahli UMNO. Adnan dalam kenyataannya semalam bagaimanapun menafikan beliau menjadi dalang serta mencabar Ahmad Tajuddin untuk bermubahalah pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan.
[Nampaknya, Ahmad Tajuddin benar-benar ingin menguji kewibawaan Menteri Besar Pahang itu sebenarnya. Bukankah 24 Mac iaitu hari Selasa yang dijanjikan itu adalah hari pertama Perhimpunan Agung UMNO. Maka mungkinkah apa yang dilakukan oleh Ahmad Tajuddin ini bertujuan untuk menggagalkan usaha Adnan menang dalam perebutan jawatan sebagai Ahli majlis Tertinggi UMNO agaknya. Apapun mesej ini jelas membuktikan memang sedang wujud keretakan yang begitu besar dalam UMNO Pahang yang wajar diambil kesempatan oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan jentera mereka dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Kami akan melaporkan perkembangan terkini isu ini]. http://pahangdaily.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan