"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rupa-rupanya Zulkifli melompat untuk jadi tukang cuci

Penarik Beca

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam, selain berusaha membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dari dilihat terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin turut berusaha membersihkan nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Ketika dihebohkan berita pembunuhan penuntut Sheffield University di England, Darren Kang dalam satu pergaduhan di sebuah restoran di Sri Hartamas, ceritanya lain (lihat "Darren Kang's brutal murder: 3 different versions!"). Tak timbul pula kisah budak-budak Pattani terlibat (Hello, berapa kali anda tengok budak-budak Pattani yang kerja di restoran-restoran atau warung-warung tom yam pergi pukul pelanggan?)


Akhirnya budak-budak pekerja Restoran Uncle Don di mana kejadian itu berlaku telah dihukum penjara lima tahun. Semua orang tertanya-tanya waktu itu, bagaimana pula bunuh orang kena lima tahun sahaja? Oh, yang dibunuh tu mabuk dan berkelakuan liar rupa-rupanya! (lihat Utusan Malaysia 16/2/06 "
Lima warga Thai sebabkan kematian dipenjara 5 tahun")

Tak kisahlah itu. Kita terima sahaja bahawa anak Nazri yang bernama Nadim itu tidak terlibat dan tidak bersalah.

Tetapi, agak-agak kenapa nama Nazri tumpang sekaki untuk dibersihkan dalam ucapan disediakan yang dibaca oleh Zulkifli?

Dan, agak-agak kenapa pula Nazri nampak begitu kecewa bila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim, yang sudah sekian lama dilihat menghimpit Nazri, didebik oleh Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghafur Salleh? Dan mengapa pula Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing juga kelihatan begitu kecewa?

Adakah pelaburan Tiong tidak menghasilkan kesan yang diharapkan?

http://penarikbeca.blogspot.com

Tiada ulasan: