"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Juruterbang TUDM terbunuh pesawat terhempas di hutan Sintok

ALOR SETAR, 25 Mac: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia terbunuh apabila pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang dipandunya terhempas di kawasan hutan dekat kampus Universiti Utara Malaysia di Sintok pagi ini.

Menurut jurucakap TUDM, mayat juruterbang itu telah ditemui dan dikeluarkan dari tempat kejadian menggunakan sebuah helikopter TUDM.

Beliau mengesahkan bahawa ketika kejadian, hanya seorang juruterbang berada dalam pesawat itu yang berpangkalan di Kepala Batas di sini.

-Bernama-

Tiada ulasan: