"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mohsin ‘katak’ dapat RM100k saja?

Apa agaknya mereka berbual dengan Nazri Aziz, semalam?

DI LOBI Parlimen, kelihatan Mohsin Fadzli Samsuri, Ahli Parlimen Padang Serai mundar-mandir bertemu beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, khususnya ahli parlimen muda.

Melihat dari jauh, Mohsin seperti memberi isyarat sesuatu kepada Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff.

Saya tidak berfikir Yusmadi juga akan menjadi ‘katak jadian’.

Selepas bertanya beberapa ahli parlimen yang kebetulan duduk berbual dengan saya di cafe, mereka mengaku mendapat turut ditemui oleh Mohsin.

Mohsin bukan memujuk mereka supaya menjadi calon bebas. Mohsin mengadu bahawa beliau hanya menerima RM100 ribu sahaja melalui Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Md Hashim dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin.

Menurut Ahli Parlimen tersebut, Mohsin dijanjikan RM1 juta sekiranya bersedia untuk keluar dari PKR dan mengisytiharkan diri sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Mohsin juga dilaporkan mengakui bahawa Zahrain dan Zulkifli turut dijanjikan RM1 juta setiap orang sekiranya menurut arahan Ahli Parlimen BN tersebut.

Dilaporkan Mohsin mengesyaki Zahrain dan Zulkifli mengambil ‘habuan’nya kerana kedua-dua Ahli Parlimen itu diberitahu cuba mengelak apabila beliau membangkitkan baki ‘habuan’ yang sepatutnya beliau dapat.

Ekoran itu, Mohsin dilaporkan mengesaki bahawa Zahrain dan Zulkifli mengkhianati beliau.

Beliau turut menyuarakan rasa kesal. Untuk kembali ke pangkuan PKR sudah tentu mustahil.

Oleh itu, beliau dikatakan cuba merisik-risik untuk menyertai PAS melalui seorang Ahli Parlimen dari Kedah.

Beberapa Ahli Parlimen PAS yang duduk bersama saya bertegas, beliau tidak layak menyertai PAS kerana mengkhianati Pakatan Rakyat.

Esok lusa, mungkin kita akan tahu siapa sebenarnya Zahrain? Siapa sebenarnya Zulkifli? Siapa dalang di sebalik tawar-menawar di Parlimen sebelum ini?

Semalam, apabila Ahli Parlimen Datuk Mahfuz Omar menyindir Datuk Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu tersebut terus melarikan diri dari kami semua yang ada di kafeteria ‘Ahli Parlimen sahaja’.

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, saya masih mencari ‘jawapan’ kerana beliau juga acapkali dilihat bersama Zahrain dan Zulkifli sejak kedua-dua Ahli Parlimen tersebut dimahsyurkan sebagai Bebas.

Kalau benar, rasuah politik setiap ‘katak-katak’ terbabit sejumlah RM1juta seorang, saya fikir kerja-kerja ‘rundingan dalam gelap’ sebelum ini bukan membabitkan orang biasa seperti saya.

Gaji pokok seorang wartawan seperti saya RM2 ribu sahaja. Gaji Doktor di Parlimen sekitar RM5000 sahaja.

Saya yakin, negosiasi ini dilakukan oleh seseorang yang berjawatan Menteri, atau seseorang Ahli Parlimen yang memang dikenali terbabit dalam perniagaan ‘gelap’ oleh media-media arus perdana.

Siapa mereka? Saya sedang memburu bukti. InsyaAllah, esok saya akan tanya kepada Ahli-ahli Parlimen terbabit sendiri kalau mereka ada buat sidang media di lobi parlimen… -END

http://zainulfaqar.wordpress.com/

Tiada ulasan: