"Saya difahamkan bahawa Saiful membuat pengakuan di mahkamah pada Isnin lalu, bahawa saya dan Saidati melarikan diri dan perkahwinan kami adalah tidak sah.”
"Saya ingin menegaskan saya bernikah dengan Saidati pada Mac 2009 secara sah. Saya tidak pernah melarikannya. Malah, dia yang ingin mengikut saya dengan rela,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Faez, pernikahan mereka tidak mendapat restu dari bapa Saidati dan sijil nikah mereka dikoyakkan sekembali mereka dari Thailand.
Justeru, beliau ke negara itu sekali lagi dua bulan lalu untuk mendapatkan salinan sijil nikah itu.
Pada perbicaraan liwat II Isnin lalu, Saiful ditanya mengenai keluarganya dan berkata ibubapanya telah bercerai ketika beliau berumur tujuh tahun dan beliau tinggal dengan bapanya dan adiknya, Saidati.
Pada sidang media ini, Faez yang ditemani oleh peguam N Surendran berkata beliau berjumpa dengan Saiful sebanyak dua kali selepas berkahwin dengan Saidati.
Justeru, katanya, Saiful sepatutnya tahu kedua-dua mereka telah berkahwin.
Menurut Faez, dia ingin membersihkan nama dan maruahnya dan mengulangi bahawa perkahwinan itu adalah sah.
“Pengakuan Saiful di mahkamah telah memalukan saya,” kata Faez.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan