"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita cedera parah diserang jerung di Pantai Coogee

Buletin TV3 
Papan tanda penutupan pantai diletakkan di Pantai Coogee, Sydney pada 13 Jun 2026. -Foto: AFP
SYDNEY: Seorang wanita cedera parah selepas diserang jerung ketika berenang di salah satu pantai paling popular di Australia, hari ini.

Pengunjung pantai bertindak menarik mangsa yang mengalami kecederaan serius keluar dari air selepas serangan itu berlaku.

Tahun ini, empat individu dilaporkan maut dalam siri serangan jerung yang luar biasa di Australia.

Polis berkata wanita berusia lingkungan 30-an itu berada dalam keadaan kritikal selepas diserang jerung di perairan berhampiran Coogee Beach di Sydney.

Menurut kenyataan polis, wanita itu ditarik keluar dari air oleh orang awam yang segera memberikan bantuan kecemasan sebelum pasukan penyelamat tiba.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius pada kedua-dua lengan dan kakinya.

Sebuah helikopter dikerahkan untuk meninjau kawasan pantai selepas kejadian itu, manakala beberapa jet ski turut digunakan bagi mengesan kehadiran jerung berkenaan di laut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa pantai di sepanjang pesisir timur Sydney ditutup kepada orang ramai.

Pantai Coogee adalah antara pantai paling terkenal di Australia dan menjadi destinasi kegemaran pelancong. -AFP

Tiada ulasan: