Peguamnya sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu.
Semalam, peguamnya gagal melawat unit kondominium itu apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah.
"Kami telah memberitahu polis dan pihak pendakwa yang kami ingin melawat 11-5-2 tetapi mereka sebaliknya memberikan kunci untuk 11-5-1," kata peguam Anwar, Sankara Nair semalam.
"Justeru, kami tidak dapat melawat unit berkenaan. Ini penting bagi menimbulkan alibi,” katanya.
Pihak pembela dijangka mengemukakan pakar dari Australia yang dijadualkan tiba pada jam 7 pagi, esok.
Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan