"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rumah Mat Sabu dilempar bom petrol

Kediaman Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dilempar bom petrol pada 12.30 tengah malam tadi, kata pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin.

Sementara isteri Mohamad memberitahu Malaysiakini, dalam kejadian itu, pagar rumahnya terbakar.

Bagaimanapun beliau tiada maklumat terperinci kerana berada di kampungnya di Perlis. Mohamad pula tidak dapat dihubungi buat masa ini.
Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa beliau menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Katanya, kiriman SMS itu diterima daripada individu yang tidak dikenali.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Ayat dalam SMS yang didakwa mengancam keselamatan keluarganya itu berbunyi:

"Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: