Tok Senapi
Nampak kereta mewah kat atas tu? Kononnya kereta mewah MB Kedah. Sudah dua, tiga minggu isu ni dok berlegar di alam siber. Dah keluaq akhbar Sinar Harian tajuk utama muka hadapan. Ini kali pertama kot keluaq kat media cetak. Harganya ada yg kata RM500 ribu, ada yg kata RM600 ribu...yg penting ia tetap mahal sekalipun harganya andaikata RM400 ribu.
Soalan yang menarik aku baca di alam siber... Awat puak2 PAS senyap, bloggers PAS tak komen atau tak kritik pun. Soalan tu bunyinya hebat dan tapi goblok. Yang nak suruh kami hentam kerajaan negeri pasai apa, nak hantam Umno Be End pun tak habis lagi. Hantam kerajaan negeri tu kerja hangpa..pembangkang.
Lembab sungguh hangpa ni, dah berbulan kereta tu dibeli..Baru terkodek-kodek nak buat isu. Tu pun main serkap jarang sat KCV8, sat KCK8, sat KCX8.. nampak sangat tak buat homework.
Ni yg Najib dok marah, cyber trooper UMCO ni dok metekedarah gaji buta RM3000 sebulan, buat kerja malas. Seranglah habis-habisan isu tu, buat report polis, SPRM, buat demo, hantag memorandum, atug ceramah. MB kata kereta tu untuk kegunaan tetamu luaq negeri. Serang balik, berapa orang tetamu luag negeri mai Kedah setiap hari... Berbaloikah dengan kereta RM600 ribu tu hanya untuk rai tetamu. Selama ni dok ambik depa guna Perdana, awat depa komplen ka? Mampoihh, haktu pun nak kena ajaq.
Macam-macam hangpa boleh kata, boleh tulis. Ini dok kira isu phonesex, video sex.. Dlm kepala otak hangpa dok kira sex sex sex.. Lepas tu mencarut tak habis-habis dalam blog.
Haii cyber trooper UMCO.. Kalau aku jadi Mukhriz, sekupang pun tak bayaq kat hangpa.. Buat perabih duit, nak korek isu malaih, nak serang tak buat homework.. Yg tau mencarut, nganga lepastu tunggu elaun RM3000 sebulan. Takpala jugak kan dapat RM3000 sebulan tapi yg malang ada blogger UMCO Kedah siang mlm dok update update blog... Sekupang pun tak dapat, yg dapat pun cuma dosa menipu dan memecahbelah masyarakat. Rupanya depa tak tau kata blogger UMCO lain dapat elaun RM300 sebulan.
Nasib hangpalah bloggers UMCO..
Daripada:
TOK SENAPI
Kuala Nerang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan