"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ismail Sabri: Masih ada masa PRU15 tahun ini

Predeep Nambiar

GEORGE TOWN: Masih ada masa untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail berkata, keputusan mengenai bila PRU akan diadakan kekal di tangan pucuk pimpinan Umno.

“Ya, tetapi semuanya terpulang kepada ‘top five’ (pimpinan tertinggi Umno),” katanya kepada pemberita di luar Kongres Inovasi dan Teknologi Sedunia (WCIT).

Beliau berkata demikian apabila diminta memberi respons kepada dakwaan bahawa “tingkap” masa bagi PRU diadakan tahun ini sudah tertutup.

Barisan “top five” pimpinan Umno itu merujuk kepada presiden Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden Mohamad Hasan serta tiga naib presiden, iaitu Mohamed Khaled Nordin, Mahdzir Khalid dan Ismail sendiri.

Ismail juga enggan mengulas spekulasi bahawa beliau akan membentangkan Bajet 2023, sekadar memberitahu pemberita untuk “tunggu dan lihat”.

Dalam perkembangan lain, Ismail mengulangi bahawa bekas perdana menteri Najib Razak, yang sedang dipenjarakan berhubung kes SRC International, akan menerima rawatan terbaik daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi penyakit dialaminya baru-baru ini.

Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur semalam untuk rawatan ekoran keadaan tekanan darahnya yang turun naik, dilaporkan selepas ubat-ubatannya bertukar.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Najib diberi preskripsi yang betul tetapi hanya diberikan ubat jenis generik 

Tiada ulasan: