"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ratusan ribuan ringgit terpaksa dikeluarkan kerana kebodohan beberapa orang

Penahanan bekas anggota tentera selama 311 hari adalah salah

Nor Fazlina Abdul Rahim

nfazlina@nstp.com.my

MOHAMAD Maliki ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

MOHAMAD Maliki ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Kota Bharu: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan penahanan terhadap bekas anggota tentera oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 311 hari pada 2014 adalah salah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas mengarahkan Mohamad Maliki Abdul Halim, 35, diberi ganti rugi am, khas, teladan teruk secara global sebanyak RM300,000.

Beliau turut mengarahkan defendan membayar kos guaman RM30,000.

Dalam penghakimannya, Mohamad Abazafree berkata, penahanan yang dibuat terhadap plaintif adalah tidak sah.

"Mahkamah mendapati berlaku kepincangan dalam prosedur tindakan tatatertib terhadap plaintif yang dibuat secara semberono.

"Mahkamah juga mendapati berlaku salah guna kuasa oleh defendan selain disifatkan tidak bertanggungjawab sehingga plaintif dinafikan hak untuk bersama keluarga serta kehidupan bebas," katanya.

Mohamad Maliki diwakili peguam, Shaharuddin Mohamed, manakala defenden diwakili peguam, Norfauzani Mohd Noordin.

Terdahulu, Mohamad Maliki memfailkan saman pada Mei 2018 dengan menamakan Pegawai Memerintah Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Shifullizan Abd Aziz; pihak berkuasa sidang Panglima Bridged Kelapan Infantri Malaysia; Panglima Angkatan Tentera dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Menerusi penyataan tuntutan itu, satu operasi pencegahan dadah dilakukan terhadap 26 anggota termasuk plaintif pada Mac 2014 dan hasil operasi itu, sembilan anggota termasuk plaintif positif dadah.

Plaintif sudah dibicarakan dan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tentera sebelum dikenakan tahanan ketat dengan diletakkan di dalam bilik lokap selama 250 hari sehingga 8 April 2015.

Plaintif ketika itu bertugas sebagai anggota Renjer Batalion 5 Rejimen Renjer Diraja Kem Desa Pahlawan.

Mohamad Maliki ketika ditemui meluahkan rasa syukur selama empat tahun akhirnya kebenaran memihak kepadanya.

Bapa kepada lima orang anak berusia enam hingga 12 tahun itu berkata, berat ujian yang dialami sejak 2014 iaitu selain ditahan, dia dan isteri juga bercerai dan kini berjauhan dengan anak-anaknya.

"Bagaimanapun saya menganggap ujian yang berlaku ada hikmah dan bersyukur atas keputusan hari ini.

"Selama empat tahun penantian saya dan saya terpaksa ulang alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan, alhamdulillah akhirnya keputusan memihak kepada saya," katanya yang kini bekerja sebagai juruteknik di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: