"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lokman Noor Adam: ‘Ahmad Zahid akan letak jawatan Presiden UMNO tidak benar’

AKMAL MANAF

Khabar angin mengatakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO kepada bekas Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atas faktor kesihatan, adalah tidak benar.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, tidak pernah timbul soal Ahmad Zahid akan meletakkan jawatan dalam parti.

”Datuk Seri Zahid selamat menjalani pembedahan dan kini berehat di rumah. Bila-bila masa sahaja dia akan kembali bertugas seperti biasa.

”Dalam organisasi politik, bila Presiden letak jawatan, Timbalanlah yang akan pangku. Timbalan letak jawatan, Naib Presiden pangku, selepas itu pegawai, majlis tertinggi (MT) dan seterusnya.

“Kalau semua barisan MT tiba-tiba hilang sekalipun, Hishammuddin Tun Hussein takkan boleh jadi Pemangku Presiden kerana keahlian beliau sudahpun digantung selama enam tahun,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Raja Petra menerusi ciapan akaun X mendakwa, Ahmad Zahid akan meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan dan akan menyerahkan jawatan Pemangku Presiden kepada Hishammuddin.

Sebelum ini, anak sulung Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurul Hidayah memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Timbalan Perdana Menteri itu baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan minggu lalu.

Menurut Nurul, pembedahan itu seharusnya dilakukan lebih awal lagi, tetapi tidak dapat dilaksanakan atas faktor kekangan masa dan jadual padat ayahnya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Tiada ulasan: