"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Syariah apa yang Pas pertahankan?

HarapanDaily.com

AHMAD MURSI

Dua kali Menteri Besar Kelantan komen isu ‘pertahan syariah’, dengar nas yang dipetik, saya geleng kepala. Sesat dan ceteknya fahaman.

Islam yang syumul, telah dijumudkan Pas apabila menggambarkan syariah hanya ada pada undang-undang jenayah syariah Kelantan.

Katanya ‘seperti al-Quran dan Hadith dibatalkan’. Seolah-olah tanpa enakmen itu, tiadalah syariah.

Enakmen itu pula hanyalah takzir yang pemerintah boleh wujudkan berdasarkan maslahah. Hukumanya bukan ditentukan oleh nas yang jelas seperti Hudud dan Qisas.

Saya tidak menentang usaha memperkasa bidangkuasa jenayah syariah. PMX memang sedang melakukannya apa yang PN-Pas gagal lakukan dulu.

Tapi saya hairan bagaimana Menteri Besar Kelantan yang dipamerkan sebagai tokoh ulama Pas tapi mempunyai kefahaman cetek berkenaan keluasan syariah.

Saya tahu Pas kini ‘Parti Penghukum’, tetapi syariah bukan hanya menghukum manusia melalui undang-undang hudud, qisas dan takzir.

Syariah membangun manusia dengan skop yang luas merangkumi cara hidup, pembangunan fizikal dan mental, bina peluang kerja, bangunkan ekonomi, jaga maruah individu, jaga agama dan tidak kafirkan ikut suka hati, hal pendidikan, perbankan, ketenteraan, tarik pelabur dan lain-lain.

Mengapa apabila Nik Amar kata ‘pembangunan Kelantan sengaja dilambatkan’ tidak dianggap ‘Islam terancam’ dan melanggar syariah?

Mengapa bila kes HIV-homoseksual Kelantan naik 33 peratus daripada 2016 hingga 2022, Pas tidak rasa syariah sedang dipijak-pijak? Mana ‘Pertahan Syariah’?

Mengapa bila walaun sebarkan aib maruah peribadi dengan Qazaf dan skandal seks, Pas tidak rasakan itu meruntuhkan objektif syariah hal menjaga maruah?

Pas gagal dengan teruk mengangkat Syariah yang luas, tapi juara menunggang slogan Syariah yang sempit untuk politik.

Bagi Pas, berjaya wujudkan Undang-Undang Jenayah Syariah ‘Mission Accomplished’ kerana anggap itulah keseluruhan Syariah.

Jika slogan Pas ‘Pertahan Syariah’, slogan Khawarij pula ‘Tiada hukum selain Allah’.

Komen saya sama seperti komen Saidina Ali: “Kalimah yang benar, tujuannya bathil”
كلمة حق يراد بها باطل

Tiada ulasan: