"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP Maran masuk IJN

Isabelle Leong, Hariz Mohd & Haspaizi Zain

Ahli Parlimen Maran Ismail Muttalib telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), kata Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul hari ini.

Johari memberitahu parlimen pagi ini bahawa Ismail sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Jantung (ICCU) hospital itu.

"Sebelum saya memulakan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, saya nak maklumkan sahabat kita, (Ahli Parlimen) Maran berada di CCU, IJN.

“Beliau (ketika ini) tidak boleh dilawati. Namun, doa agar sahabat kita dilindungi Allah dan sembuh segera," katanya.

Bagaimanapun, Johari tidak menjelaskan lanjut keadaan kesihatan ahli parlimen PN itu.

Tiada ulasan: