"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Guru didakwa liwat pelajar perempuan dalam makmal komputer

Rosli Ilham
bhnews@bh.com.my
Tertuduh, Nor Azdi@Mohd Norazdil Farid Zahari, hadapi empat tuduhan jenayah seksual di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.
Tertuduh, Nor Azdi@Mohd Norazdil Farid Zahari, hadapi empat tuduhan jenayah seksual di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.
CHUKAI: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini, atas tuduhan menghantar mesej dan memiliki gambar lucah serta melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuannya.

Tertuduh, Nor Azdi@Mohd Norazdil Farid Zahari, 46, membuat pengakuan tidak bersalah sejurus empat pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Wan Suhaila Mohd.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa berkomunikasi secara seksual dengan mangsa berusia 14 tahun melalui aplikasi WhatsApp, jam 6.39 petang pada 8 November tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, dibaca bersama Seksyen 16 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal secara meliwat mangsa sama dalam makmal komputer sekolah di daerah ini, jam 9.45 pagi pada hari sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) akta sama, sabit boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Bagi tuduhan ketiga, tertuduh didakwa berkomunikasi dengan mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp dengan niat melakukan atau memudahkan perlakuan hubungan seks dengan mangsa di antara jam 6.50 petang hingga 7.14 malam di antara 4 hingga 7 November tahun lalu,

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 12 akta yang sama, yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan sebat.

Bagi tuduhan keempat, tertuduh pada kira-kira jam 5 petang pada 14 November tahun lalu, didakwa mengakses atau mempunyai dalam milikan atau kawalan pornografi kanak-kanak berkenaan ketika diperiksa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 akta yang sama yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda maksima RM10,000 atau kedua-duanya.

Susulan pengakuan tidak bersalah tertuduh itu, Wan Suhaila menetapkan 19 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM17,000 bagi keempat-empat pertuduhan dengan seorang penjamin dan tertuduh membayar jaminan itu.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga perbicaraan kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azhani Azman.

Tiada ulasan: