"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pantun ‘nak tambah isteri’ gamatkan Dewan Rakyat

Hariz Mohd & Isabelle Leong & Haspaizi Zain

Persidangan Dewan Rakyat menjadi gamat seketika apabila beberapa ahli parlimen daripada kedua-dua pihak mula berbalas pantun.

Detik singkat itu tercetus apabila Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) bangun untuk bertanyakan soalan yang dikemukakan kepada Menteri Pertahanan.

Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut)
“Ada hati nak tambah isteri, tambah isteri nombor dua.

“Assalamualaikum YB (Yang Berhormat) menteri, soalan saya nombor dua,” katanya bagi menunjukkan soalannya adalah soalan nombor dua dalam senarai.

Kenyataan Nordin itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati buat Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, yang berpendapat ini mungkin menyinggung keluarga ahli Parlimen Lumut itu.

“Ahli Parlimen PN buat pantun macam ini yang disiarkan secara live (langsung di televisyen), walaupun itu hak beliau, bayangkan perasaan ahli keluarga,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

'Ada hati nak tambah isteri, tambah isteri nombor 2'.
Ahli Parlimen PN buat pantun macam ini yang disiarkan secara live, walaupun itu hak beliau, bayangkan perasaan ahli keluarga. pic.twitter.com/GalBWtnuTl

— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) November 21, 2023
Ramai warga maya yang membalas ciapan Yeoh turut berkongsi sentimennya dan menyelar pemimpin Bersatu itu.

Yeoh juga bukan satu-satunya ahli parlimen kerajaan yang mengkritik Nordin, yang merupakan seorang pesara pegawai tentera laut.

Beberapa ahli Parlimen lain kedengaran menegurnya sejurus selepas Nordin membacakan pantunnya itu, termasuk daripada seorang wakil rakyat wanita.

"Rendahnya... tak ada jawab, terkedu.

"Cari la pantun lain," kata seorang lagi ahli Parlimen, yang suaranya kedengaran dalam rakaman langsung itu.

Tiada ulasan: