"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Salah faham punca lelaki maut ditetak

Abdul Rahemang Taiming
am@hmetro.com.my
Suspek warga asing disyaki terlibat dengan kes bunuh di Kampung Ranggu Cina ditahan polis jam 12 tengah hari, ini. FOTO Ihsan PDRM
Suspek warga asing disyaki terlibat dengan kes bunuh di Kampung Ranggu Cina ditahan polis jam 12 tengah hari, ini. FOTO Ihsan PDRM
Tawau: Polis menahan seorang lelaki warga asing dan menyelesaikan kes bunuh dalam tempoh kurang 24 jam selepas penemuan mayat lelaki berumur 33 tahun, di Kampung Ranggu Cina, Batu 8, Jalan Apas, dekat sini, jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan dibuat susulan laporan diterima daripada seorang individu yang memaklumkan adik lelakinya dibunuh oleh seorang lelaki yang dikenalinya.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam pada Sabtu (31.8.2024), sebelum pengadu tampil membuat laporan di Balai Polis Inanam, Kota Kinabalu kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Sri Indah, bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat lelaki dengan kesan tetakan pada bahagian kepala dan badan di dalam rumah terbabit.

"Pihak polis kemudiannya berjaya menangkap suspek selain menemui parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Jasmin berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek warganegara asing berumur 31 tahun dan bekerja sebagai buruh kasar di kebun di kawasan Kampung Ranggu Cina.

"Motif kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara mangsa dan keluarga suspek.

"Permohonan perintah reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Tawau esok, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Tiada ulasan: