"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

JAKIM: Lima restoran popular bukan pemegang sijil halal

Essa Abu Yamin
essabuyamin@bh.com.my
 
KUALA LUMPUR: Semakan status halal bagi premis Johnny's Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan berkata, semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM selepas menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

"Untuk makluman, pertanyaan itu telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM.

Ayam Penyet Best ada sijil halal

"Semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

"Jabatan ini sudah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September lalu jam 11.36 malam iaitu hari yang sama diberi maklum balas atas pertanyaan yang diajukan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk, pengguna boleh melakukan semakan di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php - Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama.

Tiada ulasan: