"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bas sekolah rempuh orang ramai, 11 maut termasuk pelajar

KOSMO!
PETUGAS membantu mangsa yang cedera di lokasi kejadian. – AGENSI
BEIJING – Sebuah bas sekolah merempuh orang ramai di luar sebuah sekolah menengah di timur China hari ini, menyebabkan 11 ibu bapa dan pelajar terbunuh, demikian menurut media pemerintah.

Badan penyiaran rasmi  CCTV melaporkan,  pemandu bas ‘hilang kawalan’ kenderaan itu ketika menghampiri sekolah berkenaan di bandar Tai’an, wilayah Shandong pada pukul 7.27 pagi (waktu tempatan).

Bas itu merempuh sekumpulan ibu bapa dan kanak-kanak di tepi jalan, lapor  CCTV.

“Setakat ini, (kejadian) telah menyebabkan kematian 11 orang, di mana enam daripada mereka ialah  ibu bapa bersama  lima pelajar,” lapor badan penyiaran  itu dalam kemas kini selepas pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, seorang lagi berada dalam keadaan kritikal, manakala  12 lagi mangsa stabil.

Gambar dan video yang tersebar di media sosial menunjukkan orang ramai dengan pakaian berlumuran darah terbaring di atas jalan berhampiran sebuah bas berwarna kelabu.

Pemandu bas  ditahan oleh polis tempatan dan punca kejadian masih dalam siasatan, kata CCTV. – AGENSI

Tiada ulasan: