"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Makan untuk sihat bukan undang penyakit: lelaki habiskan sedulang nasi kandar berharga RM372

Lain macam selera, lelaki habiskan sedulang nasi kandar berharga RM372

SITI NUR ZAWANI

Seorang lelaki menarik perhatian ramai selepas memesan sedulang nasi kandar paling mahal di restoran terkenal di George Town, Pulau Pinang.

Menerusi video dimuat naik restoran Nasi Kandar Sulaiman, seorang pelanggan memesan sedulang nasi beserta lauk pauk yang keseluruhannya berharga RM372.

Sebelum ini, rekod yang dicatatkan di restoran itu adalah RM350. Terkini, rekod itu dipecahkan dengan pembelian nasi kandar berjumlah RM372

Dalam video yang dikongsi, pemuda berkenaan mengambil lauk lebih dari 20 ekor sotong saiz besar, dan beberapa ekor udang.

Dia juga berjaya habiskan kesemua makanannya dalam tempoh 1 jam 15 minit.

“RM372, pecah rekod. Video penuh rekod maker kita makan, satu jam 15 minit,” tulis Nasi Kandar Sulaiman di Facebook.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja dengan pecahan rekod terbaru selain beranggapan pemuda tersebut benar-benar berani.

“Yang ini memang ganas sebab nasi dia pun berlonggok. Yang lain-lain sebelum ini nasi sikit, lauk banyak,” kata seorang pengguna Facebook.

“Orang lain yang pecah rekod ratus ringgit semua ambil nasi seorang makan dengan lauk-pauk mahal. Dia ni ambil nasi saja pun untuk 5 orang dah huhu,” kata yang lain pula

Tiada ulasan: