"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 penguat kuasa direman disyaki minta rasuah RM10,000

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua pegawai agensi penguat kuasa direman kerana disyaki meminta rasuah kira-kira RM10,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap pekerja warga asing di sebuah syarikat.

Suspek lelaki berusia 30-an itu direman lima hari hingga 10 Sept selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuching, pagi tadi.

Sumber berkata, kedua-dua suspek dipercayai meminta wang rasuah kira-kira RM10,000 daripada seorang pemilik syarikat sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap beberapa pekerja warga asing yang disyaki tidak mempunyai permit bekerja sah.

Kedua-dua suspek kemudian ditahan antara 7 petang malam hingga 8.30 malam semalam di sebuah restoran makanan segera di Sri Aman, katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan: