"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Kedah tak mahu jawab: Kecoh didakwa kahwin dua, lain pula reaksi Sanusi

Kecoh didakwa kahwin dua, lain pula reaksi Sanusi
Harapandaily

Selepas kecoh didakwa berkahwin dua, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hanya memberi respon ringkas kepada wartawan.

Beliau enggan mengulas lanjut dan hanya berkata tidak mahu menjawab.

“Saya tak nak jawab,” katanya selepas perlawanan persahabatan pasukan Kedah dengan Selangor petang semalam.

Terdahulu tular dakwaan Sanusi telah berkahwin dengan pegawai penyiasat kes kecurian unsur nadir bumi (REE).

Dalam sedutan ucapannya yang tersebar di media sosial, beliau secara terbuka mengaku telah ‘menangkap’ orang yang hendak menangkap beliau.

Tetapi tidak diperincikan siapa

“…Hampir ditangkap. Alhamdulillah, saya berjaya menangkap orang yang hendak menangkap saya,” katanya diikuti ketawa tanpa henti.

Sanusi kemudian menyambung ucapan itu dengan menyoal hadirin di hadapannya, “ada faham?” sebelum menyambung ketawanya.

Pada April lalu, pemimpin Pas berkenaan yang juga ADUN Jeneri menafikan beliau sudah berpoligami.

Tiada ulasan: