"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buaya di Tasik Seksyen 7 Shah Alam? Orang ramai diminta hati-hati beriadah

FMT Reporters

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata pihaknya mengambil maklum dakwaan kehadiran buaya di tasik itu yang tular di media sosial.
MBSA berkata pihaknya dengan Perhilitan akan mengambil tindakan terhadap kehadiran buaya di Tasik Seksyen 7 Shah Alam yang tular di media sosial sejak semalam.
PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika beriadah di Tasik Seksyen 7 susulan dakwaan kehadiran seekor buaya yang dikesan pengunjung sejak beberapa hari lalu.

MBSA berkata pihaknya menerusi Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang mengambil tindakan.

Orang ramai diminta berhati-hati ketika beriadah di Tasik Shah Alam Seksyen 7, katanya di Facebook.

Sejak semalam tular di media sosial kehadiran reptilia itu di tasik berkenaan yang dibimbangi mendatangkan bahaya buat pengunjung dan pemancing ikan.

Hati-hati kepada kaki pancing di Tasik Seksyen 7, abang buaya Tengah healing (bersantai), kata seorang pengguna yang turut berkongsikan video seekor buaya di Facebook.

Lima tahun lalu, seekor anak buaya tembaga ditemui berkeliaran di Tasik Shah Alam, Seksyen 14, terletak kurang 5km daripada Tasik Seksyen 7.

Siasatan Perhilitan Selangor mendapati buaya itu dilepaskan individu tidak bertanggungjawab memandangkan tasik itu tidak bersambung atau mempunyai saluran terus ke mana-mana sungai utama dan agak sukar untuk haiwan terbabit memasuki tasik berkenaan sendirian.

Tiada ulasan: