"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

RM1.3 bilion hasil yang dirampas dari aset penjenayah rasuah sudah dikembalikan kepada kerajaan untuk tahun ini

Mahu bankrapkan perasuah, bos SPRM dedah jumlah yang berjaya dikembali kepada kerajaan

SITI NUR ZAWANI

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, beliau akan memastikan kesemua penjenayah rasuah akan dibankrapkan jika didapati bersalah melakukan perbuatan itu.

Dalam satu temu bual bersama Bernama baru-baru ini, Azam berkata agensi penguatkuasaan itu bukan sahaja sedang berusaha menangkap perasuah, tetapi akan merampas semula harta yang dicuri.

Untuk tahun ini sahaja, Azam mendedahkan sebanyak RM1.3 bilion hasil yang dirampas dari aset penjenayah rasuah sudah dikembalikan kepada kerajaan.

“Saya nak bankrapkan mereka (penjenayah rasuah) dan ini boleh mendatangkan rasa takut kepada mereka supaya berfikir banyak kali dalam melakukan jenayah rasuah,” katanya kepada Bernama dalam temu bual.

Mengambil contoh kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Azam berkata, usaha keras SPRM bersama agensi lain membuahkan hasil apabila RM29 bilion dipulangkan kepada kerajaan daripada kos prinsipal RM42 bilion.

Tiada ulasan: