"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Setelah berjaya membenam Manchester United di Old Trafford kini Liverpool mula melupakan Klopp

Liverpool mula sanjung Slot, lupakan Klopp
MEJA SUKAN KOSMO!
SLOT berjaya menerapkan corak permainan menarik buat Liverpool musim ini. - LIVERPOOL FC
LIVERPOOL – Pada awal pelantikan Arne Slot sebagai pengurus Liverpool tiga bulan lalu, rata-rata peminat bola sepak terutamanya penyokong setia pasukan itu meluahkan kebimbangan terhadap keupayaannya untuk mencabar Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Ini disebabkan Liverpool sudah sinonim dengan corak permainan ‘gegenpressing’ diterapkan Jurgen Klopp sejak tiba di Anfield pada 8 Oktober 2015 hingga berjaya kesemua trofi di England termasuk Liga Juara-Juara Eropah, Piala Kelab Dunia dan Piala Super Eropah.

Bagaimanapun, Slot hanya mengambil tiga perlawanan untuk menambat hati penyokong-penyokong yang mula menaruh keyakinan tinggi melihat The Reds mencabar gelaran meskipun beliau sebelum ini cuma melatih kelab-kelab Belanda seperti SC Cambuur, AZ Alkmaar dan Feyenoord.

Menariknya, pengendali berusia 45 tahun itu tidak melakukan perubahan drastik tetapi mengekalkan barisan sedia ada dengan menterjemahkan falsafah permainannya yang menyaksikan Liverpool kini lebih ‘tenang’ berbanding gaya diterapkan Klopp sebelum ini.

Hasilnya, Liverpool menjadi satu-satu pasukannya masih belum bolos daripada tiga aksi EPL selain merekodkan tujuh gol untuk berkongsi kedudukan pendahulu bersama juara bertahan, Manchester City.

Kehadirannya turut berjaya ‘melahirkan’ semula Luis Diaz menjadi seorang pemain sayap digeruni apabila kini sudah meledak tiga gol termasuk dua ketika menewaskan Manchester United di Old Trafford kelmarin.

Taktikal genius Slot juga menyaksikan The Reds begitu mudah mengeksploitasi kelemahan United yang berbelanja sebanyak £205.9 juta (RM1.17 bilion) membeli lima pemain baharu dalam jendela perpindahan baru-baru ini.

“Kemenangan kami disebabkan persembahan satu pasukan. Anda mengenali saya, seorang yang begitu menekankan aspek sepasukan kemudian barulah individu. Ia bukan satu kebetulan (menewaskan United) kerana semua pemain diturunkan bermain cukup baik,” jelas Slot. – AGENSI

Tiada ulasan: