FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam di sebuah taman tema air terkenal di Gamuda Gardens, Sungai Buloh, kelmarin.
Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh secara sendiri selepas keluar dari kawasan kolam berkenaan.
“Mangsa kemudiannya ditemukan berada dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.
“Kanak-kanak itu segera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya dalam kenyataan.
Hafiz berkata, setakat ini polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam insiden berkenaan.
“Siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi berhung kejadian tersebut sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini menghubungi pegawai penyiasat Muhamad Zul Irfan Omar di talian 017-5393648 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan