"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buang bayi dalam tong sampah, pasangan kekasih direman

 FMT Reporters

PETALING JAYA: Sepasang kekasih berusia 21 tahun direman berhubung penemuan mayat bayi lelaki di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Cheras Lim Chun How, berkata dua suspek tidak bekerja itu ditahan di Sepang hasil siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (D9) IPD Cheras.

Beliau berkata, polis menerima maklumat daripada pihak pengurusan TBS pada 9 Jun berkait penemuan bayi baru lahir dalam beg plastik biru, di tandas wanita di Aras 3 terminal berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut.

“Suspek wanita dipercayai melahirkan bayi berkenaan dalam tandas sebelum membuangnya dalam tong sampah kerana takut dimarahi keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Lim berkata, pasangan itu kini direman empat hari bermula 13 hingga 16 Jun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

Tiada ulasan: