"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi kes Kanak-kanak maut jatuh bangunan tinggi

Budak lelaki maut jatuh tingkat 7 apartmen di Kajang

FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, di Kajang pagi tadi.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 mengenai perkara itu kira-kira 7.12 pagi.

Katanya, pengadu memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak jatuh dari bangunan apartment di Taman Sepakat Indah 2.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak lelaki tempatan berumur 11 tahun yang jatuh dari tingkat 7.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kes itu diklasifikasi mati mengejut dan juga disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau juga menasihatkan ibu bapa dan penjaga sentiasa memastikan keselamatan anak-anak di kawasan kediaman bertingkat serta memastikan pergerakan kanak-kanak di bawah pengawasan orang dewasa.

Tiada ulasan: