"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Remaja perempuan hilang ketika bersama keluarga di pantai

Nazdy Harun
Amiratul Husna Mohd Shany, hilang ketika keluar bersiar-siar bersama keluarganya di Pantai Teluk Ketapang. – Foto ihsan PDRM
KUALA TERENGGANU: Polis giat mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang hilang ketika keluar bersama keluarganya di Pantai Teluk Ketapang, di sini pada 29 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan berhubung pada petang 30 Mei lalu yang dibuat oleh bapa mangsa.

Katanya, mangsa, Amiratul Husna Mohd Shany adalah pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Bukit Payung, Marang.

“Siasatan awal mendapati pada 29 Mei kira-kira jam 6 petang keluarga mangsa membawa mangsa keluar bersiar-siar di sekitar Pantai Teluk Ketapang, dekat sini.

“Ketika berada di sekitar tapak niaga Teluk Ketapang, mangsa didapati hilang selepas memberitahu bapanya untuk pergi ke lokasi ibunya yang berada kira-kira 10 meter dari tempat mangsa berada,” katanya.

Beliau berkata, bapa mangsa cuba menghubungi telefon bimbit mangsa dan mencarinya di kawasan sekitar namun gagal.

Katanya, mangsa mempunyai telefon bimbit namun nombor telefonnya tidak aktif sejak kehilangannya.

Menurutnya, pada hari kehilangan, mangsa memakai t-shirt lengan panjang dan seluar hitam serta tudung ungu bercorak petak manakala ciri fizikal berkulit sawo matang, ketinggian lebih kurang 152 sentimeter dengan berat badan kira-kira 50 kilogram,”

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan remaja berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Siti Nor Izani Md Shahir di talian 016-7943735.

Tiada ulasan: