| Wartawan Harakahdaily | |
| ALOR SETAR, 16 Ogos: Semalam cukup 500 hari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mentadbir negeri Kedah dan bagi meraikannya, satu perhimpunnan besar-besaran telah diadakan di Kompleks PAS Kedah, dekat Gurun malam tadi. Kira-kira 20,000 penyokong kerajaan negeri telah berhimpun malam tadi bagi meraikannya di dalam majlis ceramah yang disertai oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifudin Nasuition Ismail memberikan ucapan pada majlis yang penuh sejarah itu. Azizan ketika berucap mengumumkan beberapa perkara penting kepada rakyat Kedah. Antaranya, soal pemilikan tanah yang sangat diminati oleh rakyat. "Mulai sekarang, kerajaan akan memproses permohonan pemilikan tanah terhadap mereka yang meneroka tanah kerajaan selepas lima tahun bukan lagi selepas 10 tahun sebagaimana sebelum ini," umum Azizan.
Kerajaan negeri juga, kata Azizan, akan menimbangkan permohonan penduduk jenerasi kedua kampung-kampung baru untuk mendapatkan geran ke atas tapak rumah kediaman mereka. Dalam ucapannya, Azizan memberikan jaminan tidak akan mempertahankan mana-mana exco, wakil rakyat atau pemimpin kerajaan negeri yang terlibat dengan rasuah. Azizan bertegas akan memastikan rekod kerajaan negeri Kedah pimpinannya terus bebas dari sebarang anasir rasuah. Dalam tempoh 500 hari, pelbagai pancaroba dihadapi oleh kerajaan negeri Kedah namun ia berjaya dilalui dengan baik oleh beliau dan rakan-rakannya. Isu tidak puashati pemimpin DAP Kedah terhadap perobohan pusat memproses daging babi berjaya diselesaikan oleh Azizan dan rakan-rakannya dengan baik.
Kedah juga sedang dalam proses untuk menerima projek besar iaitu Sungai Limau Hidrocarbon Hub (Sulihh) di Yan yang bakal dirasmikan upacara pecah tanahnya oleh Tuanku Sultan Kedah 29 September ini. Projek ini dijangka menyelesaikan banyak masalah ekonomi Kedah kerana kerajaan negeri akan mendapat royaltu sehingga RM400 juta setahun melalui projek ini apabila berjalan kelak. |
UBN Najib Altantuya: Kerajaan Pakatan Kedah sudah 500 hari terbina
PRK DUN Pmtg Pasir: PAS dijangka ulangi 5 amanat di Permatang Pasir
| Oleh ANUAR AHMAD | |
"Kita akan terus menggunakan prinsip itu dan akan ditambah lagi dengan pelbagai agenda dalam usaha kita memenangi pilihanraya itu nanti,"kata seorang pegawai Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang. 5 prinsip itu ialah: 1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah Pada PRK DUN Penanti, Mei lalu, PAS telah bekerja keras bagi memastikan calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mansor Othman menang dengan bergaya. Kali ini, PRK DUN Permatang Pasir yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, Persuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man telah terpilih menjadi calon dan awal-awal lagi kesemua saf kepimpinan Pakatan Rakyat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi. DAP merupakan komponen PR yang pertama menubuh jentera pilihanrayanya dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Taman Ciku, Bukit Mertajam kelmarin (15 Ogos) manakala PKR pula menggerakan secara rasmi jenteranya malam ini (16 Ogos).
"Saya berasa bertuah kerana berpeluang memulakan kempen pilihanraya di sini. Marilah kita jadikan kemenangan PRK ini sebagai satu mesej penolakan terhadap keangkuhan Barisan Nasional, dan kebiadaban UMNO yang terang lagi nyata,"katanya. Nizar yang juga Menteri Besar Perak yang digulingkan BN mahukan setiap ahli PAS atau penyokong Pakatan Rakyat berkerja keras bagi menjamikan kemenangan calon PAS dengan lebih hebat lagi bergaya. Baginya terdapat pelbagai strategi yang boleh disusun bagi menghadapi ranjau UMNO/BN. "Saya harap setiap ahli PAS akan berjaya `menakluk� 5 rumah penyokong atau ahli UMNO/Barisan Nasional. Pujuklah mereka dan pastikan mereka mengundi kita," katanya. Dia juga mengingatkan yang UMNO/BN akan lakukan apa saja untuk memuaskan nafsu mereka. Mereka akan curahkan jutaan ringgit untuk memenangi calon mereka seperti yang dilakukan di Manek Urai, Kelantan bulan lalu. "Sebab itulah pemimpin UMNO/BN memukul canang yang mereka akan menggunakan strategi yang dilakukan di Manek Urai untuk meranap PAS,"katanya. Katanya, dia mendapat laporan di sana (Manek Urai) setiap ketua rumah disogok dengan dua tiga ribu ringgit dan penerimanya dipaksa bersumpah agar mengundi UMNO/BN. "Saya yakin orang di sini (Permatang Pasir) tidak akan terpesona dengan wang yang dilayang didepan mata. Orang di Permatang Pasir bijak pandai sudah tahu menilai apa yang dilakukan oleh UMNO/BN,"katanya. Pada pilihan raya Manek Urai, PAS menang tipis dengan majoriti 65 undi saja kerana gara-gara kempen BN yang keterlaluan. |
UBN Najib Altantuya: Khairy tidak sedar hujjahnya sudah terbatal
Oleh Ismail HashimSHAH ALAM, 15 Ogos: Walaupun sudah dipertikaikan kewajaran cadangannya agar PAS keluar dari kerajaan Pulau Pinang kerana tidak mendapat apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin terus menekannya cadangannya itu dalam majlis ceramahnya dekat sini malam tadi.
Khairy seakan tidak serik dengan mengulangi kenyataannya agar PAS menarik diri dari Kerajaan Pulau Pinang kerana meskipun terdapat kerusi yang PAS menangi di Permatang Pasir tetapi tidak diberikan jawatan exco kerajaan negeri di bawah DAP.
Hujjah ini telah dijawab oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi, bahawa jika itu hujjah Khairy, dia yang perlu meletakkan jawatan atau keluar dari Umno kerana walaupun menang sebagai ketua pemuda tetapi dia tidak mendapat sebarang jawatan dalam kabinet.
Bahkan, orang yang dikalahkannya iaitu Datuk Mukhris Mahathir mendapat jawatan timbalan menteri bahkan timbalannya, Razali Ibrahim juga mendapat jawatan timbalan menteri.
Oleh itu, Khairy dianggap tidak mempunyai isu baharu yang boleh diketengahkan di dalam majlis Pidato Pemuda Umno tentang Pakatan Rakyat; Retak Menanti Belah meskipun beliau menjadi penceramah utama.
Khairy didapati hanya mengulangi apa yang selalu diucapkan beliau seperti membidas sikap PAS yang disifatkan lebih memihak kepada DAP dan mengakui Umno masih mendapat kepercayaan kaum Melayu.
Majlis ceramah itu diadakan di Seksyen 6 dekat sini dengan kehadiran sekitar 500 tetapi dipasang pembesar suara dengan kuat untuk menarik minat penduduk-penduduk di dumah flat berhampiran.
Ketika sampai giliran Khairy, hujan mula rintik sehingga memaksa pengerusi majlis mengingatkan hadirin orang agar jangan bergerak kerana ada sesuatu yang akan disampaikan oleh Khairy namun seawal lima minit Khairy berucap, kelihatan lebih 10 orang mula bergerak.
Sebelum beliau, bekas pemimpin Pemuda Keadilan yang menang Exco Pemuda Umno dalam pemilihan lalu, Lokman Nor Adam meramalkan jika Pakatan terus memerintah Selangor yang kini terus menjual arak, berkemungkinan akan membenarkan daging babi di jual di tepi-tepi jalan pula selepas ini.
Dengan suara tinggi, beliau dengan lantang menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dihinggapi penyakit bahaya yang sedang merebak sekarang ini.
Ketika memulakan ucapan, beliau tersasul menyebutkan kepimpinan pemuda yang hadir sebagai Pemuda Keadilan, bila diketawakan hadirin, dengan selamba, beliau berkata, teringat kawan-kawan lama.
Sebelum majlis sebenar dimulakan, majlis memberikan peluang kepada anggota pemidato Pemuda Umno untuk berucap, namun apa yang diucapkannya menampakkan mereka tidak membuat kajian yang secukupnya.
Salah seorang darinya mempertikaikan wang program Usia Emas sebanyak RM2,500 masih tidak diberikan oleh kerajaan Pakatan sehinggakan orang itu mati, duit masih belum dapat lagi.Sedangkan, program itu adalah memberikan wang itu kepada keluarga simati selepas peserta itu meninggal dunia. Rm1,000 diberikan sebaik sahaja kematian manakala RM1,500 lagi selepas itu. Ia sedang berjalan lancar di Selangor sekarang.