Anjing serang depan rumah, budak perempuan parah
KOSMO!
BATU PAHAT – Seorang budak perempuan mengalami kecederaan hampir seluruh badan selepas diserang sekumpulan anjing liar ketika berada dihadapan rumahnya di Peserai di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian melibatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun dipercayai berlaku pada pukul 7 pagi.
“Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa berada di hadapan rumah diserang sekumpulan anjing liar di kawasan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan hampir seluruh badan.
“Mangsa dibawa oleh ahli keluarga bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Shahrulanuar lagi, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pengabaian kanak-kanak) dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan (Kecuaian berkenaan dengan haiwan).- KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan