"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan surat turunkan Tuanku Muhriz

FMT Reporters

PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim mendakwa beliau dipaksa menandatangani dokumen proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Merujuk kepada isu dokumen surat cara proklamasi yang tular dalam kenyataan media pada malam semalam, saya ingin menjelaskan bahawa surat tersebut telah saya tandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan (duress).

Saya telah membuat laporan polis pada sekitar 6 petang semalam bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, beberapa individu diketuai Undang Luak Johol, Muhammed Abdullah membuat satu sidang media mendakwa Ismail sudah menandatangani dokumen proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz.

Tiada ulasan: