"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sakit hati, menyusahkan orang lain

Pendaki wanita pengsan, dua lagi sesat di gunung Lata Debu
NORLIA RAMLI
ANGGOTA bomba menyelamatkan salah seorang mangsa di kawasan gunung di Lata Debu, Baling. - Foto JBPM KEDAH
BALING – Seorang pendaki wanita pengsan manakala dua lagi pendaki tersesat ketika mendaki kawasan puncak gunung di Lata Debu, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.28 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Baling diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mat Zuki Mat Noh bersama tujuh anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketiga-tiga mangsa merupakan sebahagian daripada 18 pendaki yang mendaki gunung berkenaan yang kini menjadi tumpuan orang ramai kerana menawarkan pemandangan menarik.

“Anggota bomba terlebih dahulu membantu seorang pendaki wanita berusia 29 tahun yang mengalami pening sebelum pengsan dan membawanya turun dari gunung,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi kemudian diteruskan bagi mencari dua lagi pendaki iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang tersesat.

“Mereka berjaya menghantar lokasi kedudukan kepada anggota penyelamat sebelum operasi mencari dan menyelamat turut dibantu pihak polis serta penduduk kampung.

“Anggota bomba terpaksa mendaki sejauh 2.5 kilometer sebelum menemui dan menyelamatkan kedua-dua mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: