"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bawa ganja lebih RM2 juta, rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang India

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia ditahan di India selepas dikesan membawa lebih 15kg ganja bernilai 52.5 juta rupee (RM2.24 juta) Jumaat lalu.

Kastam Delhi berkata, wanita itu tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi dari Kuala Lumpur, sebelum dikenal pasti menerusi proses pemprofilan penumpang.

Menurutnya, ketika melalui laluan hijau, pegawai kastam mengarahkannya menjalani pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan ke atas beg troli dibawanya menemui 30 bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki ganja.

“Berat bersih bahan disyaki ganja itu ialah 15,015.5g dengan nilai pasaran dianggarkan 52.5 juta rupee,” katanya menurut Berita Harian.

Pihak berkuasa India belum mendedahkan identiti dan umur wanita terbabit yang ditahan, dengan kes direkodkan mengikut Seksyen 8, 20, 23 serta 29 Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik 1985, termasuk peruntukan berkaitan pengimportan dadah secara haram, bersubahat dan konspirasi jenayah.

Siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkuasa India.

Tiada ulasan: