"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bunyi TV terlalu kuat, lelaki mabuk berang tetak isteri dengan parang

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang wanita ditetak menggunakan parang oleh suaminya yang mabuk selepas lelaki itu berang gara-gara audio televisyen dipasang terlalu kuat di rumah, dalam kejadian di Kota Tinggi semalam.

Kejadian kira-kira 9.30 malam itu menyebabkan mangsa berusia 70 tahun luka kira-kira satu sentimeter di tangan kanan, namun dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Ketua Polis Kota Tinggi, Yusof Othman berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian wanita cedera akibat ditetak suaminya.

“Susulan maklumat itu, polis bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek yang juga suami mangsa berusia 70-an itu.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku akibat perselisihan faham selepas mangsa memasang audio televisyen dengan kuat.

“Suspek yang berada dalam keadaan mabuk kemudiannya bertindak menetak mangsa sebanyak satu kali di tangan kanan menggunakan parang,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Yusof berkata polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata.

Tiada ulasan: