"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Antara Mufti Harussani dan Perempuan India Yang Tabur Bunga Di Kaki TGHH

ramziredang
Semalam hati rasa sangat geram bila membaca kisah dongengan Harussani. Tetapi berlainan pula hari ini bila membaca di blog Dr Hamzah tentang penerimaan kaum India dan penganut Hindu terhadap PAS. Bila melihat g
ambar wanita India menabur bunga di kaki Tuan Guru Hj Hadi tercinta, maka tidak tersedar airmata ini mengalir deras. Titik titik jernih tidak mampu untuk ditahan lagi. Betapa melihat kebesaran Allah swt. Alangkah terharunya hati, jika kita benar benar insan yang ingin membuka mata, melihat dan memahami bahawa sesungguhnya sindiran Allah telah berlaku. Mufti tidak dapat menerima PAS tetapi kaum hindu menaruh harapan kepada perjuangan PAS, tidakkah itu satu sindiran yang jelas dari Allah yang memiliki tujuh petala langit dan tujuh petala bumi?

Jelaslah kepada kita betapa Allah Maha Berkuasa untuk mengunci hati sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Maka hiduplah dia di dalam istidraj tuhan. Hiduplah dia di atas bumi tuhan dengan rasa aman damai dan tiada keluh kesah. Allah memberi kehidupan kepadanya dengan selesa seolah olah dia mendapat restu Allah, padahal hatinya terkunci rapi. Nauzubillah

Bergembiralah pula kepada para pejuang agama, Ternyata titik peluh PAS selama ini telah berhasil. Kaum agama lain telah mula menaruh harapan kepada PAS dan perjuangan Islam. Ternyata kemurnian dan kelembutan dakwah PAS telah berjaya merungkai kegerunan mereka terhadap Islam. Ternyata mereka mula menyedari semuanya itu adalah satu pembohongan UMNO semata mata.

Surah Al-Baqarah Ayat 155 hingga 157

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”

orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”

Airmata ini mengalir deras kerana terasa betapa kerdilnya diri ini dihadapan tuhan yang Maha Esa. Melihat betapa seorang mufti yang penuh ilmu di dada , tetapi hidup dan perjuangannya semata mata kerana dunia. Hingga dia sanggup memutarbelit kata kata untuk menghina perjuangan Islam.

Sebaliknya pula orang yang berlainan agama pula diberi sedikit cahaya untuk melihat kebenaran dan kebaikan Islam yang di bawa PAS. Walaupun mereka masih belum mendapat hidayah petunjuk untuk memeluk Islam tetapi siapa tahu satu masa nanti Allah membuka hati hati mereka?

Telah nyata sekarang sinar Islam telah menyinari hati hati mereka. Mungkinkah ini satu petanda bahawa Islam akan kembali menguasai seluruh pelusuk nusantara? Seterusnya menguasai alam dunia?Allah jua yang Maha Mengetahuai dan Allah jua sebaik baik Perancang.

Dalam surah taubah ayat 92:

Dan tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata: Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu, lalu mereka kembali, sedang mereka bercucuran air mata karena kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan.

Ayat di atas menceritakan kisah 7 orang sahabat yang datang kepada Rasulullah untuk turut serta dalam peperangan demi mendapat keredhaan Allah. Ingin mengorbankan jiwa raga kerana Allah. Tetapi mereka terpaksa balik kerana tidak cukup kenderaan dan tidak cukup perbekalan senjata. Mereka balik dengan cucuran airmata.Air mata kesedihan karena tidak bisa memberikan apa-apa untuk Agama pada saat itu.

Itulah airmata seorang pejuang. Airmata pejuang sejati. Airmata seorang yang merindukan kejayaan umat Islam. Mereka menitiskan airmata kerana tidak dapat ikut berperang dan tidak dapat menyumbang apa apa untuk perjuangan.

Maka di manakah letaknya kita berbanding mereka?

Zulkifli Nordin Letak Jawatan atau Calun Bebas.?

mohdnoorawang
Yb. Haji Zulkifli Nordin seorang peguam dan seorang ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu dari parti PKR. Namum Zulkifli Nordin dipecat dari PKR atas dasar melanggar dislin parti. Popular dengan isu kalimah Allah, bekas peguam DS Anwar Ibrahim kes liwat pertama. Zulkifli nordin seorang peguam Syarie dan peguam Civil.

Malah Zulkifli membaca khutbah Jumaat tanpa skrip. Hebat insan yang bernama Zulkifli Nordin. Hakikatnya Zulkifli Nordin sedikit keras dan ada ego tersendiri. Itu hak peribadi Zulkifli Nordin. Ahkirnya dipecat dari parti yang diwakilinya. Untuk menunjukkan jatidiri Zulkifli seharus letak jawatan dari wakil rakyat. Jangan jadi calun bebas. Kosongkan kawasan parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Namun Zulkifli Nordin perlu bertanding semula atas tiket parti lain atau parti Umno (hanya contuh), Pada pandangan kami Zulkifli Nordin menang jika bertanding semula. Kalau berlaku tiga penjuru peluang Zulkifli agak tipis. Jika Zulkifli Nordin jadi calun UMNO pasti menang mudah. Peluang PKR untuk menawan semula parlimen Kulim-Bandar baharu teramat sukar jika berlaku pilihanraya kecil. Rakyat umum sudah benci dan bosan tingkalaku beberpa wakil rakyat PKR yang lari dari parti menjadi calun bebas. Rakyat tidak bodoh, yang jahatnya wakil rakyat lari dan menjadi calun bebas. Rakyat dan pengundi tidak akan menyokong lagi PKR.

Cukup setuju jika Zulkifli Nordin letak jawatan dan keluar PKR malah Zukifli Nordin sudah terpecat dari PKR. Jangan jadi calun bebas. Anda ada peluang untuk menang. Buktikan anda seorang pejuang tulen. Bagaimana kalau Zulkifli nordin masuk umno dan bertanding semula atas tiket BN?. Perlu diingat peluang Zulkifli Nordin untuk menang ada tapi peluang tipis jika bertanding bukan atas tiket BN/UMNO. Dan peluang PKR untuk menang amat sukar.

Anwar: Kes Zul bukan peribadi, dipecat pertahan prinsip Pakatan

Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan memecat wakil rakyat kontrorvesi Zulkifli Noordin semalam bukan bersifat peribadi tetapi satu usaha untuk mempertahankan prinsip Pakatan Rakyat.

Dalam mempertahankan hukuman berat itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjelaskan ia bukan satu tindakan disebabkan “keperluan politik.”

“Jika ia hanya kerana keperluan politik semata-mata, maka kami (sudah pasti) tidak memecat Zul Noordin.

“Tidak, ia adalah kerana prinsip, ia adalah kerana Pakatan, ia adalah kerana pegangan yang kita gerakkan dan yang kita berjuang,” kata beliau di Kepong malam tadi.

Beliau menambah, parti “terpaksa memecat” mereka yang tidak menyokong pendirian Pakatan Rakyat memperjuangkan pelbagai kaum.

“Niat kami adalah jelas. Zul, bukan sesuatu yang peribadi. Ia adalah soal prinsip,” kata beliau.

Zulkifli dipecat semalam oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR dan turut diarahkan supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Bharu.

Zulkifli dalam reaksi segeranya semalam berkata beliau tidak akan merayu agar hukuman dikurangkan dan enggan melepaskan kerusi Parlimennya.

Anwar memberitahu PKR tidak akan membenarkan sesiapa menjadikannya sebagai tebusan dengan mengeluarkan tuntutan mengikut kehendak dan cita rasa mereka sendiri.

“Tidak harus ada mana-mana pihak memberikan kata dua kepada kami. Jika mahu bersama, anda harus menyokong prinsip-prinsip Pakatan.

“Jika anda tidak menyokong, anda keluar,” katanya.

Tambah beliau mereka yang enggan menyokong Pakatan harus menyertai parti lain.

“Anda boleh sertai MCA, Gerakan atau Umno, yang akan dikuburkan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

-malaysianinsider-