"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Negara Hancur, Isteri Tetap Mewah Membazir.

Walaupun negara dalam keadaan kacau bilau, Wanita Pertama Syria, Asma Al-Assad selalu tampil mewah membazir dan glamor. Asma yang lahir dan besar di England terobsesi pada penampilan sehingga selalu membawa alat penghitung kalori di pergelangan tangannya.

Keperihatinannya bukan pada 100,000 rakyat Syria yang terkorban kerana senjata kimia dan dua juta orang meninggalkan negara itu selama duatahun terakhir. Isteri Presiden Suriah Bashar Al-Assad yang berusia 38 tahun dan empat anak itu selalu menghabiskan uang untuk barang-barang desainer Barat. Baru-baru ini dia membeli lampu kristal gaya Bohemian- dari Praha.

Ayman Abdel Nour, mantan penasihat Assad mengatakan bahawa isteri Assad yang digelar 'mawar dari gurun' ini memang tidak punya hati perut.

“Dia terobsesi bagaimana chic dan mempercantik penampilan. Dia terus menjalani hidup dengan mewah. Itu saja yang penting baginya." katanya seperti dirilisexpress.co.uk pada Isnin (2/9/2013).

Isteri Assad adalah seorang mantan pegawai bank yang dinikahi Assad secara rahsia pada tahun 2000, nampaknya mempercepatkan pertumpahan darah di Syria. Tahun lalu, sebuah email bocor menunjukan bahawa ia memerintahkan pembelian furnitur senilai kira-kira jutaan RM. Dirinya pernah dimuat majalah mode Vogue, dan dipotret dengan kasut berhiaskan Kristal Christian Louboutin dan gaun Chanel.

Sementara itu di negaranya, dia mengklaim bahawa dia ambil berat tentang seni, anak-anak dan isu wanita. Orangtua Asma masih berada di London dengan puteri mereka dan duasaudara lelaki. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah di Malaysia pun begitu?

24 Manusia Yang Pernah Mengaku Nabi

1. Lia Aminuddin

Pengasas agama Salamullah. Mengaku menerima wahyu dari malaikat Jibril dan menggelar dirinya Nabi dan Rasul serta Imam Mahdi. Dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara oleh Mahkamah Agung.

2. Ahmad Mukti

Putera kepada Lia Aminuddin dan dianggap sebagai Nabi Isa.

3. Dedi Mulyana

Berasal dari Banten dan merupakan ‘nabi’ yang berkelakuan aneh. Mengaku memperoleh wahyu itu dari musyawarahnya dengan jin-jin di laut.

4. Ahmad Musaddeq

atau H. Abdul Salam (lahir di Jakarta pada 1942), mengaku menjadi Nabi pada 23 Julai 2006. Merupakan pemimpin Al-Qiyadah Al-Islamiyah. Kitab suci mereka adalah Al-Qur’an dengan pemahaman sendiri. Mengaku telahbertaubat pada 9 November 2007.

5. Sajah binti Al-Harits bin Suwaid bin Aqfan at-Tamimiyah

Berasal dari Bani Yarbu (mati tahun 55 H/675 M). Seorang dukun wanita yang mengaku Nabi di zaman Abu Bakar ash-Shiddiq dan kemudiannya dinikahi oleh Musailamah al-Kadzdzab. Setelah Musailamah terbunuh, Sajah melarikan diri ke Iraq kemudian masuk Islam dan mati dalam keadaan Islam.

6. Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Ja’far bin Abi Thalib.

Penganut fahaman Syiah yang meyakini proses kelahiran semula. Dia mengaku sebagai Tuhan dan Nabi sekaligus.

7. Mirza Ali Mohammad (abad 19).

Pengasas agama Babisme dan penganut Syiah, dihukum mati oleh pemerintah Iran tahun 1843.

8. Muhammad Abdur Razak Abul ‘Ala

Seorang tukang jahit yang mengaku sebagai Nabi. Berasal dari Kaherah, Mesir.

9. Muhammad Bakri

Berasal dari Yaman. Mengaku sebagai nabi namun kemudiannya dibunuh oleh pengikutnya sendiri, kemudian mayatnya disalib di atas papan kayu.

10. Tsurayya Manqus

Seorang wanita yang amat teliti dan merupakan seorang cendekiawan dalam bidang sejarah dari Yaman yang mengaku sebagai Nabi.

11. Amru bin Luhayyi,

Berasal dari Kabilah Khuza’ah. Orang pertama yang mengubah agama Nabi Ibrahim dan Ismail kearah kesyirikan dan penyembahan berhala.

12. Musailamah al-Kadzdzab

Berusia 150 tahun, mati tahun 12 H/633 M. Memiliki penganut seramai 40,000 orang. Mati dibunuh oleh Wahsyi dengan tombaknya pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq.

13. Zoroaster

Berasal dari Parsi, 660-583 SM), kitab suci: Avesta. Mati terbunuh dalam perang melawan Bactria (Balkh).

14. Mazdak

Berasal dari Parsi, 487-523 M, pengasas aliran Mazdakiyah (Serba Boleh dan Semua Halal), kitab suci mereka adalah Zanda. Telah mati dibunuh.

15. Al-Aswad al-Ansi

Riwayat hidup: 11 H/632 M. Turut dikenali sebagai Abhalah bin Ka’ab bin Auf al-Ansi al-Madzhiji , seorang dukun dari Yaman. Mati dibunuh oleh Fairuz, kerabat isteri al-Aswad.

16. Al-Mukhtar bin Abi Ubaid

Berasal dari Thaif, 622-687 M/67 H, seorang penganut Syiah yang mengaku Nabi dan mendapat wahyu. Dia adalah saudara ipar kepada Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu. Mati dibunuh oleh Mush’ab bin Az-Zubair di Harura.

17. Mirza Husein Ali.

Pengasas agama Bahaisme (pengganti Babisme) dan penganut Syiah. Mengaku Nabi pada tahun 1862 dan mati pada tahun 1892, kemudian diteruskan oleh anaknya, Abbas Efendy yang berpusat di Chicago.

18. Asy-Syaikhah Manal Wahid Manna

Wanita tersebut mula menyebarkan ajaran sesatnya sejak tahun 1995. Dia dipenjara oleh pemerintah Mesir.

19. Daishan,

Pengasas ajaran Daishaniyah iaitu satu ajaran bertuhan dua di Parsi dari agama Majusi.

20. Mirza Ghulam Ahmad,

Berasal dari India, 1835-1908. Pengasas agama Ahmadiyah. Kitab suci mereka adalah Tadzkirah. Mati akibat terkena wabak penyakit kolera

21. Marcion

Berasal dari Rom, ± 144 M, pengasas gereja Marcionite dan pemahaman Marcionisme

22. Mani

Berasal dari Parsi, ± 242 M, pengasas agama Manichaeisme (al-Maniwiyah). Mati dibunuh, dikuliti, dan kulitnya diisi jerami dan digantung oleh Bahram.

23. Sutarmin

Lelaki yang mengaku nabi ini muncul di lereng Gunung Lawu pada awal tahun 2013.

24. Ashriyanti Samuda

Seorang wanita muda yang percaya bahawa dirinya adalah nabi. Untuk merekrut pengikut, warga Kepulauan Sula, Maluku ini menerbitkan buku yang dicetaknya sendiri kemudian disebarkan kepada masyarakat setempat.

Norhashiah minta PDRM, SPRM segera siasat Mashitah

Blog www.wartautara.com

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu segera menyelesaikan kes penyelewengan melibatkan Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berhubung pembukaan sebuah akaun bank yang mencurigakan pada 2010.

Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Baling, Norhashiah Ibrahim berkata, sehingga kini belum ada sebarang tindakan yang diambil terhadap bekas Ahli Parlimen itu biarpun sudah hampir tiga tahun berlalu.

Beliau mendakwa, namanya telah digunakan sebagai salah seorang daripada tiga penama untuk membuka akaun bank tersebut.

"Dalam hal ini, saya percaya nama saya digunakan tanpa pengetahuan dan tandatangan saya dipalsukan.

"Perkara ini hanya saya sedari setelah mendapat panggilan pihak bank berhubung urusan pengeluaran cek bernilai RM40,000 sekitar Oktober 2010," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Norhashiah berkata, beliau percaya akaun tersebut telah dibuka atas namanya dan digunakan tanpa sebarang pengetahuan.

Tambahnya, beliau tidak pernah memberi sebarang persetujuan kepada mana-mana pihak untuk berbuat demikian.

"Sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa berhubung isu tersebut.

"Biarpun pada 2011 saya sendiri dipanggil SPRM untuk disoal siasat berhubung kewujudan akaun tersebut," katanya.

Sementara itu, jelasnya, kenyataan yang dibuatnya itu adalah untuk mendesak tindakan segera diambil berhubung kes tersebut.

"Pada masa sama, tindakan ini dibuat untuk menjaga nama parti dan rakyat Baling khasnya.

"Ini kerana kita tidak mahu berlaku sebarang unsur penyelewengan dan penipuan yang akhirnya akan mendatangkan persepsi negatif daripada rakyat," katanya.U/M