"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami lebam dibelasah isteri

 Kuwait: Seorang lelaki semalam menfailkan kes penderaan selepas isterinya menyerangnya hingga menyebabkan angggota tubuhnya lebam.

Menurut laporan akhbar Al-Anba, lelaki itu 13 tahun lebih muda daripada isterinya dan bekerja di Kementerian Dalam Negeri Kuwait.

Lelaki itu turut mengemukakan laporan perubatan bagi menunjukkan keadaan badannya selepas dibelasah isterinya.

Akbar itu turut melaporkan isteri lelaki itu akan dipanggil untuk disoal siasat, Namun, punca lelaki itu dibelasah isterinya tidak dinyatakan. 
-Agensi

Biar kemaluan dimakan dubuk kerena percaya cakap bomoh yang dia boleh jadi kaya

Lusaka, Zambia: Seorang lelaki kini tiada kemaluan dan tiga jari kakinya selepas dimakan dubuk apabila seorang bomoh memberitahu dia boleh kaya jika kehilangan anggota badan.

Chamangeni Zulu dari Malawi dimasukkan ke Hospital Besar Chipata di Zambia yang terletak berhampiran sempadan Malawi selepas dia membiarkan dubuk itu memakan kemaluannya

Katanya, seorang bomoh menjanjikan kekayaan jika dia ‘mengorbankan’ anggota badannya.

Saya juga menemui beberapa orang yang giat dalam perniagaan yang juga memberitahu perkara sama,” katanya kepada akhbar Times of Zambia

Sehubungan itu, katanya, dia memasuki kawasan semak sekitar jam 4 pagi Isnin lalu.

Saya diarahkan berbogel. Seekor dubuk datang dan mula makan jari kaki saya sebelum turut memakan kemaluan saya,” katanya.

Menurutnya, bomoh itu tidak memberikan arahan jelas, malah dia juga tidak sangka akan kehilangan anggota badan berkenaan sepenuhnya jika bersetuju melakukannya.
Namun Zulu tidak putus harapan dan masih mengimpi untuk jadi kaya.
“Walaupun kehilangan anggota badan yang penting, saya tetap ingin kaya,” katanya yang bekerja di Zambia sejak empat bulan lalu.

Menurut jurucakap Hospital Chipata, keadaannya stabil selepas dibawa untuk rawatan oleh anggota polis.

Sebelum ini pada 2012, hanya 80 kilometer dari tempat kejadian, seorang lelaki turut diserang dubuk ketika keluar membuang air di tandas yang terletak di luar rumahnya. 
-Agensi-

Kecoh la pulak pensyarah yang juga seorang pakar motivasi terkenal ini? meramas buah dada pelajar

Arau: Bimbang gagal dalam subjek diambil, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini mendakwa terpaksa merelakan dirinya dicabul seorang pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, mangsa berusia 20 tahun yang tidak sanggup diperlakukan sedemikian oleh pensyarah yang sering muncul dalam beberapa program televisyen dan radio itu tampil membuat laporan di Balai Polis Arau di sini, selepas selesai peperiksaan akhir semester.

Difahamkan, dalam kejadian terbaru pada Jumaat lalu, mangsa mendakwa dicabul kehormatan termasuk payu daranya diramas oleh pensyarah berusia 40-an iaitu ketika di bilik lelaki berkenaan.

Sumber berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan bagi melakukan ulang kaji sebelum lelaki itu duduk di sebelah mangsa.

“Ketika itu mangsa didekati suspek dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali.

“Mangsa yang terkejut cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit di dalam subjek diambilnya sebelum hanya membiarkan suspek bertindak sedemikian,” katanya./hmetro
Izzi
Laporan polis
Nurul Shuhada binti Shahadan, pelajar UITM Arau dalam laporannya mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi Hj. Ali telah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya. Laporan polis yang dibuat Nurul Shuhada…

Pada 28/3/2014 jam lebih kurang 2.30 petang saya telah pergi ke pejabat Prof Izzi (MD Izuddin Bin Hj Ali) komplek Star No F204 dalam UiTM Arau Perlis untuk mengulangkaji pelajaran matematik. Semasa didalam pejabatnya, terdapat saya dan (2) rakan saya nama:Nur Erina Fazlin dan Nur Syafina. Kemudian Prof Izzi telah datang kearah saya dan duduk bersila disebelah saya. Selepas itu, saya telah bertanyakan kepada prof izzi berkenaan dengan subjeknya. Tiba-tiba Prof Izzi telah meraba saya bermula dibahagian kaki sehingga kebahagian d*da saya tanpa kerelaan saya. dalam masa yang sama juga prof izzi telah mer*mas buah d*da saya dengan beberapa kali. dalam kejadian ini saya berasa takut untuk menghalang prof izzi melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap saya kerana saya bimbang kertas peperiksaan akan saya ambil pada hari ahad 30/03/2014 gagal. Sebelum ini prof izzi pernah berkelakuan seperti itu di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran berlangsung. Hampir setiap kali saya menghadiri kelasnya prof Izzi berkelakuan tidak senonoh seperti mengambil kesempatan terhadap saya dengan menggeselkan kakinya ke kaki saya. Saya juga dapat tahu perkara ini telah berlaku kepada kawan-kawan saya yang lain. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak atas UiTM Arau Perlis. Tujuan saya buat repot adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan prof Izzi memandangkan kejadian ini menjatuhkan maruah saya dan bimbang takut terjadi apa-apa ke atas diri saya dikemudian hari. Datang balai buat laporan.