"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita dibunuh mayat disumbat dalam beg (Gambar)

Keadaan mayat wanita yang disumbat di dalam beg dan ditemui dibuang ke dalam longkang di Taman Gemas Jaya, dekat sini. - Foto Sinar Harian oleh NOR AINNA HAMZAH
Keadaan mayat wanita yang disumbat di dalam beg dan ditemui dibuang ke dalam longkang di Taman Gemas Jaya, dekat sini. - Foto Sinar Harian oleh NOR AINNA HAMZAH
GEMAS: Rasa sangsi penduduk terhadap sebuah beg “melancong” berwarna hitam di dalam longkang di tepi jalan Taman Gemas Jaya, dekat sini, sejak pagi tadi terjawab apabila beg berkenaan berisi mayat seorang wanita.

Kira-kira jam 5.00 petang, pekerja sebuah kedai perabot berhampiran lokasi kejadian nekad menghampiri beg berkenaan bagi mengetahui kandungan beg mencurigakan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang, susulan penemuan orang awam berkenaan, sepasukan anggota polis, pegawai dan forensik bergegas ke lokasi berkenaan dan menemui mayat dipercayai seorang wanita berusia lingkungan lewat 20-an lengkap berpakaian.

“Beg berkenaan merupakan beg melancong dengan saiz kira-kira dua kaki. Beg berkenaan dikunci dengan sebuah ‘mangga', berzip dan diikat dengan tali.

“Berdasarkan penelitian awal, mayat tidak mempunyai suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin).

"Malah, terdapat kesan luka di bahagian dahi sepanjang enam sentimeter dipercayai disebabkan hentakan kuat oleh senjata tumpul,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, hari ini.

Menurutnya lagi, terdapat beberapa helai baju ditemui di dalam beg berkenaan dan mayat berkenaan juga lengkap berkaian t-shirt bergambar Mickey Mouse serta berseluar berwarna biru.

“Kita tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri dan kita jangka mangsa mati tidak lebih 48jam berdasarkan keadaan mayat.

“Bagaimanapun, punca kematian masih dalam siasatan dan mayat akan di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi proses bedah siasat.

“Buat masa ini, kita seru kepada mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan untuk tampil kehadapan bagi proses pengecaman mayat.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Gul, Senjata Sniper Baru Buatan Al-Qassam yang Sangat Ditakuti Tentera Israel (Video)


Sayap tentera Hamas, Brigade Al-Qassam, melalui sebuah potongan video memperkenalkan senapang sniper terbaru hasil buatannya pada Ahad kemarin (3/8/2014).

Senjata yang diberi nama Gul tersebut (diambil dari nama seorang pemimpin Al-Qassam Adnan Al-Gul) adalah senapang dengan kaliber 14.5 mm dengan panjang mencapai 1.5 m yang mampu menembak musuh dari jarak 2 km. Potongan video yang memperagakan senjata tersebut dilengkapi dengan beberapa rakaman kejayaan sniper Al-Qassam menembak sejumlah tentera Israel dari jarak jauh.(aljazeera/dakwatuna/rem/hdn)

Sumber:link

Menteri Besar Terima Keputusan PKR, Akan Dapatkan Nasihat DYYM Sultan Selangor


Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap Surat Tunjuk Sebab, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya. Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang telah saya cabuli.

Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin dengan mencadangkan tarikh 15 Ogos 2014 sebagai tarikh yang sesuai tetapi tiada jawapan balas diberikan.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil. Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.

Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.

Sehingga isu ini diselesaikan mengikut prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar mengikut kemampuan saya.

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR