"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda DAP Boikot Kempen PKR "RAKYAT HAKIM NEGARA"?

AbuYa
AMK PKR telah mengadakan kempen untuk membela Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai "RAKYAT HAKIM NEGARA". Malangnya kempen ini tiada sambutan. Tiada seorang pun Pemuda DAP turun walaupun perkara ini telah dimaklumkan. Malah Pemuda PKR dikerahkan pun seramai ini yang hadir.

Pemuda PAS dan Unit Amalnya pasti tidak akan datang. Semua orang tahu PKR menghina dan memburukkan PAS kononnya PAS bukan kawan. Malah ada yang menyebut kempen menjatuhkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga didalam oleh sesetengah kepimpinan PKR.
Saya rasa demo-demo akan datang akan sunyi sepi sekira PAS dihina dan di BULI. Tapi sedarlah sebenar PASlah yang mempunyai kekuatan termasuk jentera pemuda daripada akar umbi.

Sumber FB

Berita gadis berusia 15 tahun dihamilkan oleh kekash Banglanya ni pun palsu juga

Kulim: Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), menafikan laporan berhubung dakwaan tangkapan terhadap seorang gadis berusia 15 tahun yang hamil beberapa minggu berikutan hubungan sulit dengan teman lelakinya warga Bangladesh di Taman Mahsuri, Padang Serai, di sini.

Laporan tangkapan gadis berkenaan disiarkan sebuah blog sebelum menjadi viral di laman sosial Facebook sejak kelmarin sehingga turut dikongsi oleh orang ramai dengan memberi pelbagai komen mengenai tindakan remaja itu, selain turut menyiarkan ulasan daripada pegawai PADK.

Ketua Unit Penguat kuasa Agama PADK Azmi Abdul Rejab berkata, pihaknya terkejut dengan laporan oleh media sosial berkenaan sekali gus menafikan tangkapan berkenaan selain tidak pernah memberi sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak.

Katanya, hasil pemeriksaan laporan mendapati tiada sebarang tangkapan dilakukan ke atas seorang gadis berusia 15 tahun di Taman Mahsuri, Padang Serai pada 8 Oktober lalu seperti didakwa pihak terbabit.

"Malah, saya juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan kes terbabit dan berharap pihak yang berkenaan menghentikan menyebarkan perkara yang tidak benar.

"Saya sudah meneliti rekod di pejabat PADK, namun tiada kes tangkapan terbabit pada Rabu lalu. Mungkin orang awam atau penduduk di taman perumahan itu yang melakukan tangkapan itu, tetapi tidak melaporkannya kepada PADK bagi tindakan lanjut.

"Justeru, orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak pasti, sebaliknya menyalurkan informasi mengenai kejadian maksiat di kawasan mereka supaya PADK boleh melakukan tangkapan kerana ia membabitkan undang-undang jenayah syariah," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih boleh menimbulkan fitnah dan menyebabkan suasana tidak selesa dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai tangkapan ke atas gadis terbabit setakat ini.

Pakatan Rakyat tanpa Anwar, Nik Aziz, Kit Siang

Sheikh Omar Ali
Minggu lalu saya di Sarawak. Dalam perjalanan pulang semasa di lapangan terbang Kuching, saya sempat menegur seorang pakcik.Niat saya bersahaja, nak ringankan mulut bersembang santai.
Tak sangka, rupanya beliau baru selesai menghadiri 'gathering' kawan-kawan lama di hotel Pullman Kuching bersama Datuk Seri Zahid Hamidi - Menteri Dalam Negeri.

Saya ambil peluang bertanya. "Datuk kata apa tentang nasib Anwar menjelang 28 Oktober ni?" jolok saya selamba.
"Anwar confirm masuk penjara. 7 tahun..." ujar beliau bersungguh.

Betul atau tidak, wallahua'lam.

Saya tanya lagi "Zahid tak boleh buat apa-apa ke? Mereka kan kawan baik."

Dia kata Zahid sendiri sedang menuju puncak kuasa.

Untuk bertindak menyebelahi Anwar walaupun dengan sekadar menunjukkan rasa simpati, itu langkah yang tidak bijak!

Menyedari hal ini, saya sedar.

Dan saya yakin PR juga pastinya sudah lama sedar! Akhirnya mereka perlu berjuang tanpa sosok pemimpin tiga serangkai - Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang.

Biarpun pemimpin silih berganti, namun untuk berhadapan dengan PRU-14 yang akan datang, 'something need to be done' melangkaui tiga sosok ini.

Teringat kata-kata Suhaizan Kayat dalam ucapan dasar muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 yang lalu.

Beliau ada menyebut Kelantan perlu bersedia untuk berhadapan politik negeri lubuk PAS itu tanpa Tuan Guru Nik Aziz satu hari nanti.

Dan apabila saat itu datang, jalannya tidak lagi semudah hari ini.

Pada hemat saya, bukan sekadar negeri Cik Siti Wan Kembang sahaja.

Malaysia dan Pakatan Rakyat umumnya juga perlu bersedia kearah itu.

Tidak melampau jika saya katakan, Tuan Guru Nik Aziz pada tahap kemuncaknya sudah dianggap Tok Guru kepada 52% rakyat Malaysia yang mengimpikan perubahan.

Ya, kita bercakap tentang 52% rakyat Malaysia pelbagai latar yang menyokong PR pada PRU yang lalu.

Lantas, apa lagi kekuatan 'melangkaui tiga sosok' ini yang perlu PR ada?

Politik idea & politik solusi

Jika saya mampu menjadi representasi kepada anak muda dari kalangan 52% itu, saya ingin melihat PR pada tahap ini menerobosi tembok-tembok politik emosi dan politik 'fire fighter'.

Iklim politik untuk Malaysia baru yang diidamkan haruslah bersifat politik idea dan solusi kepada permasalahan dihadapi rakyat akibat kepincangan urus tadbir dan tatakelola yang diwariskan Umno BN.

52% rakyat sudah tentu muak dengan politik kebencian Umno BN yang menjangkau usia lebih 50 tahun.

Namun harus diingat, jangan salahkan mereka jika ada juga yang merungut sudah mula menyampah dengan 'politicking' PR apabila turut sama gagal untuk keluar dari politik yang tidak mahu menerobosi lingkungan sentimen emosi semata-mata.

Octoberfest & politik solusi

Isu Octoberfest baru-baru ini sebagai contoh, benar-benar menguji terjahan politik baru yang ingin diterokai PR.

Inilah antara masanya rakyat ingin melihat solusi yang PR mampu tawarkan.

Rakyat mahukan idea, polisi alternatif dan penyelesaian tuntas.

Ia berhajat kepada perbincangan yang lebih mikro melangkaui manipulasi sentimen emosi rakyat semata-mata. Melangkaui retorik.

Ini bukan lagi sekadar musim bantah membantah, tetapi 52% rakyat Malaysia ingin melihat kematangan PR mengemukakan polisi dan idea yang mampu dilaksana (workable) sesuai dengan kerencaman rakyat Malaysia yang ada.

Rakyat akan bertanya, "jika kamu bantah, so what? Kamu bukan taliban, but you need to prove it!"

Ini bukan semata-mata masa untuk mengatakan halal atau haram kepada arak, ini masanya PR membawa pencerahan kepada rakyat, bagaimanakah implementasi dasar yang ingin dilaksanakan jika mereka yang ingin dilihat sebagai 'government in waiting' menguruskan isu dengan damai, bijaksana, menepati prinsip dan tidak sedikipun dilihat menidakkan apatah lagi menindas hak serta pegangan rakyat yang pelbagai.

Ini Malaysia.

Ini negara kita.

Negara unik dengan kepelbagaian latar rakyat yang seharusnya mampu menginspirasikan kaedah serta teori yang berbeza-beza serta fleksibel.

Pasti ianya tidak mudah namun inilah cabarannya.

Dalam kompleksiti inilah PR akan diuji sejauh manakah mereka mampu menjadi pemain utama untuk politik baru di Malaysia. Politik yang terhindar dari ketakutan serta prejudis dalam kemajmukan.

Kegagalan PR mengisi keperluan ini akan hanya menyambung hayat Umno BN untuk terus kekal berkuasa. Dan pastinya menjadi mimpi ngeri buat Malaysia dan warganya! –

* Penulis merupakan Pemuda PAS Johor & pembantu kepada Ahli Parlimen Kluang