"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video: Kesian, Najib punya pasal Kak Ros jadi bahan ketawa lagi


Visual CCTV yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa menghadiri Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Beijing menjadi bahan lawak di media sosial.

Video 50 saat yang dimuat-naikkan di Youtube dengan suntingan memaparkan ‘kekekokan’ Rosmah yang tidak pasti posisi atau kedudukannya ketika mahu bergambar dengan Presiden China Xi Jinping dan isterinya.
-malaysikini-

Pilu: Ibu dakap erat mayat anak yang terbarinh tengah jalan

Mazlah mendakap erat mayat anak bongsunya yang maut dalam kemalangan semalam.
IPOH: Suasana pilu menyelubungi lokasi kemalangan di persimpangan Jalan Raja Dihilir-Taman Canningberhampiran sebuah stesen minyak di sini, semalam apabila ibu mangsa yang maut mendakap erat mayat anak bongsunya yang terbaring di tengah jalan.

Ketika kejadian pada kira-kira jam 1.20 petang itu, mangsa, Mohd Syuqri Rusli, 21, yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC dipercayai dalam perjalanan pulang untuk makan tengah hari bersama ibunya di Taman Rapat Setia.

Ibunya, Mazlah Meor, 45, berkata, anaknya yang bekerja sebagai kerani di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak tidak pernah pulang pada waktu tengah hari kecuali pada Jumaat.

Katanya, dia segera ke lokasi kemalangan setelah menerima panggilan daripada seseorang menerusi telefon bimbit anaknya itu.

“Dia mungkin dalam perjalanan pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Selalunya dia jarang pulang ke rumah kecuali hari Jumaat.

“Saya terkejut lihat anak terbaring dan luluh hati saya apabila dimaklumkan anak saya sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, mangsa maut di tempat kejadian setelah motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW 320i.

Menurutnya, pemandu kereta berusia 72 tahun itu membelok masuk ke Taman Canning untuk pulang ke rumahnya.

“Apabila tiba di tempat kejadian, lelaki warga emas terbabit membelok ke kanan simpang Taman Canning dan tiba-tiba mangsa dari arah bertentangan melanggar bahagian hadapan sebelah kiri kereta terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Wan Sharuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan keterangan pemandu berkenaan telah diambil.
-sinarharian-

Video kanak-kanak lelaki nekad menyelamatkan adiknya meskipun dihujani peluru tentera Bashar

http://www.ustazcyber.com

Aksi heroik seperti dalam tanyangan film-film Hollywood dilakukan seorang abang untuk menyelamatkan adiknya yang berlindung di balik bangkai sebuah kereta, menghindari tembakan sniper pasukan pemerintah Suriah.

Dalam rakamam video berdurasi satu minit lebih nampak seorang kanak-kanak lelaki nekad menyelamatkan adiknya yang berlindung, meskipun nyawanya menjadi sasaran sniper tentera pemerintah yang bersembunyi di balik gedung-gedung.

Di tengah jalan nampak anak laki-laki tersebut sempat terjatuh karena tertembak di bagian bahunya, akan tetapi tekadnya untuk menyelamatkan adiknya membuat anak tersebut bangkit kembali dan berhasil menyelamatkan sang adik. (Dostor/Ram)