"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat tergantung di pokok (Gambar)

Shah Alam: Seorang lelaki warga Myanmar berusia 21 tahun ditemui tergantung di pokok di taman rekreasi di Persiaran Setia Indah, Setia Alam di sini, pagi tadi.

Mayat lelaki terbabit ditemui kira-kira 7 pagi oleh sepasukan polis bantuan kawasan perumahan berkenaan yang menjalankan rondaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Beliau berkata, siasatan awal pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang kecederaan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

"Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat dan polis bekerjasama dengan pihak UNHCR Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
-hmetro-

Pengajaran dakwaan hadis palsu oleh mufti Perlis

Maszlee Malik
Terdapat beberapa pengajaran daripada isu dakwaan hadis palsu oleh pendakwah Datuk Mohamad Kazim Elias yang ditimbulkan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza iaitu:
1. Dalam pentadbiran kerajaan negeri Perlis, ada pihak tidak amanah dan tidak menyokong mufti negeri. Pihak inilah yang membocorkan surat yang sepatutnya sulit dan rahsia. Akhirnya kerana sikap khianat ini, dua pihak yang sepatutnya dapat berbincang di luar radar media, kini dilihat bertelagah di ruang awam.

Pihak pengkhianat dan tidak beretika ini perlu dikenakan tindakan tata tertib dan jika perlu dibuang daripada jawatannya di atas tindakan tidak profesional dan mala fide beliau atau mereka.
Menteri besar Perlis perlu bersikap tegas dan profesional.
2. Pengajaran untuk para asatizah (harap jangan gunakan istilah ulama) selebriti perlu lebih cermat dan berhati-hati di dalam ucapan mereka. Tiada salahnya mereka melakukan lebih banyak homework. Jika perlu menghadiri kelas-kelas yg lebih khusus untuk mempertingkatkan ilmu agama mereka.

Intellectual humility ataupun bersikap tawaduk di dalam menimba ilmu adalah kata kuncinya. Memandangkan mereka memikul tanggungjawab berat di atas bahu masing-masing untuk menyedarkan masyarakat serta meningkatkan kesedaran beragama, eloklah mereka juga menjadi contoh di dalam bersikap tawaduk dan bermotivasi tinggi dalam menambahkan ilmu dan kepakaran.

3. Kesedaran kelompok dalam masyarakat mutakhir ini untuk bersikap teliti dan bermetod di dalam memelihara sunnah dan hadis-hadis Nabi, agar hanya yang benar dan sahih sahaja diterima adalah satu perkembangan yang positif. Ia merupakan perlaksanaan amanah terhadap Nabi dan juga manifestasi kasih dan cinta kepada Baginda SAW.

Maka, para pendakwah dan asatizah perlu mengikuti trend ini untuk sama-sama memelihara kesucian hadis-hadis nabi.

Sungguh demikian, janganlah terlebih lajak daripada laju, atau lebih sudu daripada kuah. Dalam pengklafikasian hadis-hadis ada disiplin dan ilmunya. Ada perbincangan yang terlalu teknikal usahlah golongan yang baru berjinak sewenangnya berkata tanpa rujukan dan ilmu yang cukup.

Rujuklah kepada mereka yang pakar di dalam bidang hadis, dan bukan semua asatizah berkelulusan agama itu pakar dalam bidang hadis.

4. Keyboard warriors dan golongan pentaksub mana-mana pihak, mazhab, arus pemikiran, parti dan jemaah cukup-cukuplah menjadi batu api dan al-Walid bin Mughirah moden.

Setiap individu perlu sentiasa ingat setiap apa yang mereka tuliskan dan update akan dihisab di akhirat nanti, dan menjadi cerminan integriti mereka dalam kehidupan dunia. –

* Penulis adalah pensyarah kanan Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pulak dah!!! Bekas suami Nurul Izzah dituduh jadi mangsa liwat Anwar

KUALA LUMPUR: Bekas suami kepada Nurul Izzah, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dikatakan akan membuat laporan polis berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya menjadi mangsa liwat bapa mertuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau dijangka membuat laporan polis dalam masa terdekat ini.

Bapa mertuanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Anwar sebelum ini pernah dipenjarakan atas kesalahan yang sama pada 1998 dan dibebaskan pada 2006.

Menurut portal MalaysiaGazette, Raja Ahmad Shahrir dikatakan cukup kecewa apabila namanya dipersenda pelayar internet berhubung dakwaan itu.

Beliau dan Nurul Izzah bercerai dengan pada 15 Januari 2015 selepas mendirikan rumahtangga pada 9 Mei 2003.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, kini berumur lapan tahun, dan seorang anak lelaki kini berusia lima tahun. 
-AntaraPos-