"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ustaz ini yang hina rakyat Negeri Sembilan jumpa Mufti

Ustaz kontroversi jumpa Mufti
Ustaz Azman didakwa mengutuk dan menghina rakyat Negeri Sembilan sewaktu memberikan ceramah.
SEREMBAN:Video penceramah bebas, Azman Abdul Halim yang didakwa menghina rakyat Negeri Sembilan, kini menjadi viral sehingga mendapat maklum balas negatif daripada pengguna sebuah laman sosial.

Difahamkan, video berdurasi 58 saat itu memaparkan ceramah ustaz terbabit di sebuah masjid di Selangor yang memberitahu di Negeri Sembilan tiada tazkirah dan ilmu agama dianjurkan selain menggunakan perkataan ‘bebal’ dan ‘bengap’ seolah-olah menghina rakyat negeri ini.

Susulan penyebaran video tersebut, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad tampil memberi penjelasan tentang video lama yang dirakam pada 2012 itu.

Kata Mohd Yusof, beliau sudah bertemu Ustaz Azman pada jam 3 petang semalam, dan dia telah menerangkan perkara sebenar.

“Menurut Ustaz Azman, video asal ceramahnya berdurasi lebih sejam, namun sudah diedit menjadi 58 saat, yang mana bahagian menampakkan dirinya ‘teruk’ dan bersikap kasar itu diviralkan.

“Dia (Azman) memaklumkan kejadian itu tidak disengajakan, berikutan pada waktu itu terdapat seorang individu bertanya mengenai solat terawih 10 rakaat di Negeri Sembilan," katanya.

Tambahnya, di negeri ini, solat terawih dibuat 10 rakaat dibenarkan dan bukannya menjadi satu kesalahan.

"Ia hanyalah solat sunat, berapa banyak kita nak buat pun tak menjadi kesalahan.

“Namun, apabila terlalu emosi dengan soalan ditanyakan penonton, Ustaz Azman terlepas mengeluarkan perkataan kesat, sehingga menyinggung perasaan masyarakat Negeri Sembilan yang mendengar video pendek yang diviralkan itu,” katanya.

Tambahnya, perkataan ‘bengap‘ dan ‘bebal’ itu sebenarnya ditujukan kepada orang bertanya, kerana tidak memahami cara mengerjakan solat terawih itu, namun dia terlepas cakap dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.

Katanya, isu ini tidak perlu dipanjangkan dan diperbesarkan lagi.

“Dia sudah pun mengaku membuat silap dan meminta maaf di atas keterlanjuran perkataan yang digunakan semasa ceramah tersebut, tidak perlulah kita panjangkan lagi.

“Walaupun perkataan tersebut tidak ditujukan kepada orang Negeri Sembilan, tetapi sebagai penceramah perlu menjaga adab dan tingkah laku,” katanya.

Dalam pada itu, Azman kini dinasihatkan supaya ‘berehat’ seketika daripada memberi mana-mana ceramah bagi meredakan keadaan.

Azman, 30-an telah diberi tauliah pada tahun 1996 oleh Jabatan Mufti, dan dibenarkan memberi ceramah di seluruh negeri ini tanpa had masa.

Sementara itu, Azman ketika dihubungi memberitahu bahawa kejadian yang berlaku itu adalah tidak disengajakan, dan memohon maaf dengan kekasaran bahasa yang digunakan itu.

“Saya minta maaf dan akui perkataan digunakan itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya diungkapkan, namun saya hanyalah manusia biasa.

“Jangan menghukum saya, jika sekadar mendengar video yang berdurasi 58 saat itu sahaja, perlu melihat video penuh. Tidak adil jika saya dipersalahkan hanya sekadar video tersebut, sedangkan apa sebenarnya yang berlaku orang tidak tahu,” katanya.

Katanya, dia yakin ada pihak tertentu yang cuba menjatuhkan imej dan merosakkan reputasinya, agar tidak memberi ceramah di Negeri Sembilan.
-sinarharian-

Azwan Ali buat hal lagi dakwa personaliti ini guna bomoh untuk menang

FMT
azwan-ali_600
Azwan Ali memuat naik status di laman Instagram menghentam personaliti dengan pelbagai tohmahan.
PETALING JAYA: Personaliti televisyen, Azwan Ali membuat kecoh lagi di laman sosial Instagram.
Terbaru, adik Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali itu, mengutuk seorang personaliti dengan pelbagai kata-kata nista.
Dalam status yang dimuatnaiknya, dia turut mempersoalkan anugerah individu yang dibengangnya.
“Do I care? Lantak ko lah but Azwan Ali bukan macam some artis sangkak (do know who is shit) yang sanggup jumpa bomoh untuk stay? Bayar titile? Bayar surat khabar sampah to win”, katanya di laman Instagram.
Dalam salah salah satu komen yang diberikan pengikutnya yang dikenali sebagai reezforyou memberi petunjuk individu yang dimaksudkan.
azwan-ali_ttes_600
“Janganlah nak banding2kan…dua2pun best betul kn @aznilnawawihm”, katanya.
Mungkinkah individu yang dimaksudkan Azwan ini bekas pengacara Akademi Fantasia (AF) yang juga orang kuat Astro, Datuk Aznil Nawawi?

Adakah ini penamat politik Husam Musa dalam PAS?

Ian McIntyre
KOTA BHARU: Dalam politik, perangai berbeza mungkin jadi ancaman. Bagi naib presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa, sikapnya yang kelihatan acuh tak acuh telah merugikannya.
Dia dikatakan sebagai pengganti berpotensi untuk menggantikan arwah mentornya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika tahun-tahun terakhir Nik Aziz memegang jawatan, Husamlah yang bertanggungjawab membantu ulama dihormati itu mentadbir negeri.

PAS mengalami kesukaran pada pilihanraya 2004 dan Husam lah yang merangka usaha untuk mengembalikan kuasa parti itu di Kelantan pada 2008.

Tetapi sikap menyendiri dan tidak mesra Husam tidak disambut baik oleh ahli-ahli PAS yang lain, menurut Hussein Idris, seorang pemerhati politik Kelantan.

Dia juga membuat kesilapan dengan mencari gaduh dengan ulama konservatif dan tidak berusaha untuk mengangkat dirinya naik dalam tangga politik.

Husam nampaknya optimis apabila ditemui dirumahnya di Salor, Kelantan, baru-baru ini. Dia merasakan Malaysia sudah menjadi negara yang berpecah belas maka PAS memerlukan pemimpin yang boleh menyatukan perbezaan kaum dan agama yang merbahaya ini.

Persoalannya kini adalah wajar atau tidak dia memimpin golongan teknokrat dalam muktamar tahunan- perhimpunan agung PAS di mana setiap delegasi memilih pemimpin untuk penggal baru- pada Jun nanti.

Seorang ahli ekonomi secara profesional, Husam telah menjadi simbol kepada teknokrat dalam PAS, sebuah parti dengan keahlian lebih daripada sejuta orang.

Sebaliknya, dia cepat menafikan anggapan bahawa terdapat pergeseran antara golongan teknokrat dan ulama dalam parti.

Golongan teknokrat terdiri daripada ahli-ahli parti yang mahukan kerjasama yang lebih erat dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP. Mereka percaya yang mereka makin hampir menakluk Putrajaya.

Husam dan pengikutnya percaya yang mereka mampu mencapai matlamat itu, Pakatan perlu mendesak kesederhanaan dengan memainkan peranan pembangkang yang baik di Parlimen.

Tetapi golongan ulama, percaya bahawa pendekatan Islam konservatif masih lagi penting dan pelaksanaan hudud ialah keutamaan paling tinggi.

Husam menolak untuk memberitahu samaada dia akan mempertahankan jawatan naib presiden atau bertanding jawatan lebih tinggi.

Walaupun begitu, dia sudahpun menerima beberapa pencalonan untuk jawatan presiden parti, kini disandang oleh MP Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apabila Nik Aziz tewas kepada penyakit kanser dan meninggal pada usia 84 tahun bulan Febuari lepas, Husam terpinggir dalam pergelutan kuasa.

Untuk menambah kesukaran Husam, terdapat pemimpin di Kelantan yang tidak menyokongnya. Malah dia juga dituduh meluluskan terlalu banyak konsesi balak.

Mengimbau kembali masa lepas, Husam mengakui yang dia merasa dikhianati oleh beberapa rakannya yang dirasakan meninggalkannya berdasarkan andaian semata-mata “berbanding bertanyakan kepada dirinya untuk memahamkan isu-isu tertentu”.

Satu andaian selamat yang Husam akan bertanding dalam pemilihan parti tahun ini. Rakan-rakannya menjangkakan dia samaada mempertahankan kedudukan naib presiden atau mencabar Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden.

Dalam politik Malaysia, agak asing untuk merebut jawatan tertinggi tanpa melalui hierarki yang tersedia, jadi Husam tidak dijangka akan mencabar Hadi.

Sementara itu, Husam mengambil tindakan bijak menyembunyikan rancangannya. “Tunggu dan lihat. Ia akan menjadi kejutan,” katanya.

Jika dia bertanding dan menang, ia boleh menyeimbangkan pengaruh ulama dalam parti. Jika tidak, PAS akan kembali kepada imej konservatif Islam pada tahun 1980-an, kata Hussein.

Pergaduhan dengan DAP mengenai hudud juga boleh mempengaruhi pemilihan parti PAS pada Jun. Peliknya, DAP sudah memutuskan hubungan dengan Hadi tetapi memutuskan untuk kekal menjadi rakan pakatan.

Ini dan beberapa isu lain pastinya akan menjadi isu hangat debat dalam muktamar PAS. Kerjasama pakatan dengan DAP pastinya akan menjadi isu utama.

Golongan teknokrat terpaksa menjelaskan hasrat mereka untuk kekal menjadi kawan dan sekutu dengan DAP ketika ramai daripada golongan ulama pastinya mahu menamatkan kerjasama yang terjalin kini.

Rencana ini pertama kali diterbitkan di Focusweek isu 18 April 2015. Untuk bacaan lanjut, layari www.focusweek.my