"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar: Belanjawan mungkin tak disokong jika tiada pindaan

Belanjawan 2021 akan mendapat sokongan penuh dalam Dewan Rakyat sekiranya pindaan dibuat untuk “kebajikan rakyat”, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

"Saya nak tekankan di sini, saya tidak mahu ada andaian mudah. Keadaan sekarang berbeza.

"Kerajaan, menteri kewangan dan perdana menteri tahu belum ada kepastian belanjawan dalam bentuk sekarang kalau tidak dipinda untuk membela nasib rakyat seperti yang kita tuntut.

“Belum pasti belanjawan ini kita luluskan dengan cara mudah," katanya dalam perbahasannya Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di parlimen hari ini.

Anggota parlimen Port Dickson berkata belanjawan dibentangkan Jumaat lalu tidak menepati tuntutan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), sebagai usaha awal untuk mendapatkan sokongan kedua-dua belah pihak.

Wan Saiful kena ‘sekolah’ dengan netizen isu dana RM85 juta Jasa

ARIF ATAN

Rata-rata netizen mengecam Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berhubung peruntukan sehingga RM85.5 juta terhadap kewujudan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Sebelum itu, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkenaan berkata, pembangkang kini sedang cuba untuk membesarkan isu peruntukan tersebut.

Katanya, Jasa di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukannya untuk propaganda seperti dahulu sebaliknya mendengar rintihan rakyat dan masa yang sama rakyat juga boleh mendapat maklumat tepat dari kerajaan.

Walau bagaimanapun, warganet menempelak kenyataan Wan Saiful termasuk menegaskan tidak akan menghalalkan sesen pun wang untuk digunakan agen propaganda kerajaan.

“Tarik semula peruntukan untuk Jasa. Banyak lagi keperluan lain yang lebih mendesak dan banyak lagi program yang bermanfaat langsung untuk rakyat boleh digunakan dari peruntukan Jasa,” kata pengguna Facebook, Jamal Affendi.

Sementara itu, Abu Ismail pula secara sinis menganggap Wan Saiful baru bangun dari tidur kerana dilihat tidak memahami keperluan sebenar rakyat.

“Orang maki berderet dah pasal potongan peruntukan untuk KKM, isu KWSP, bonus penjawat awam, potongan peruntukan sekolah agama dan tahfiz. Hang (Wan Saiful) baru bangkit tidur ke?” katanya.

Bagi Ahmad Fahmi Sulaiman pula, kerajaan seolah-olah terpaksa berbelanja banyak demi membetulkan salah faham rakyat berhubung keputusan dan dasar kerajaan.

“Mahal betul harga kesalahfahaman rakyat. Terpaksa kerajaan membelanjakan RM85 juta untuk memperbetulkannya. Alhamdulillah,” sindirnya.

Nama 7 calon Bersatu dan 3 Pas yang dikatakan bakal bertanding Parlimen Selangor?

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

Faiz Zainudin

PETALING JAYA: PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, dakwaan mengatakan PAS akan bertanding di 3 Parlimen dan selebihnya diberikan kepada rakan sekutu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak benar.

“Tidak betul PAS belum bincang soal pembahagian kerusi (bersama BN dan PN). PAS belum bincang soal pembahagian kerusi apatah lagi nama calon.

“Di peringkat negeri cuma ada mekanisma Muafakat Nasional (MN) hubungan PAS dan Umno. Malah perbincangan setakat ini hanya menyentuh soal kerjasama dan isu semasa, belum ada perbincangan mengenai isu pilihan raya,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas laporan media yang memetik sumber sebagai berkata ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dikhabarkan akan dilantik sebagai pengarah pilihan raya negeri Selangor bagi PRU15.

Laporan itu turut menyatakan calon menteri besar Selangor yang baharu selepas PRU15 juga sudah diputuskan dan turut dipersetujui rakan MN, MCA, dan MIC.

PPBM dikatakan menerima kerusi terbanyak dengan 7 kerusi Parlimen.

Empat daripadanya ditandingi Azmin di Gombak dan Zuraida Kamaruddin kekal di kerusinya di Ampang, ahli Parlimen Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang meninggalkan Umno dan menyertai PPBM turut diberikan peluang mengekalkan kerusinya, sementara Muslimin Yahaya kekal di Parlimen Sungai Besar.

Manakala, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun akan ke Parlimen Sepang.

Dua lagi yang dipertaruhkan ialah Dr Afif Bahardin dan Dr Daroyah Alwi, masing-masing di Shah Alam dan Klang.

Umno pula akan bertanding di 6 kerusi iaitu Hulu Selangor, Tanjong Karang, Bangi, Puchong, Sungai Buloh dan Kuala Langat.

MCA dan MIC masing-masing mendapat 4 serta 2 kerusi Parlimen.

PAS pula dikatakan mendapat 3 kerusi iaitu Kapar (Dr Ahmad Yunus Hairi), Kuala Selangor (Muhammad Rashid Mohd Kassim) dan di Parlimen Hulu Langat (Zurk Ahmad)