"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat wanita dalam beg pakaian disahkan jutawan Laos

KOSMO!


POLIS menemui mayat Wipaporn di dalam sebuah bagasi yang terapung di Sungai Mekong. - Siam Pracha

BANGKOK – Mayat seorang wanita yang ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian di Sungai Mekong, wilayah Nakhon Phanom pada minggu lalu dikenal pasti sebagai pemilik sebuah syarikat dan jutawan dari Laos, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Polis Thailand cuba mengenal pasti identiti wanita itu daripada pakaian berjenama yang dipakainya. Mayat itu dihantar ke Hospital Srinagarind, wilayah Khin Kaen untuk bedah siasat. 

Seorang saudara kepada mangsa kemudian tampil dan  mengesahkan bahawa wanita itu bernama Wipaporn dan berusia 40 tahun.

Sudara wanita itu kemudian menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk membuktikan kesahihan hubungan mereka.

Wipaporn didakwa merupakan ketua eksekutif salah satu syarikat pembinaan terbesar di wilayah Vientiane, Laos.

Dia dilaporkan sudah melangsungkan perkahwinan sebanyak dua kali dan mempunyai empat orang anak. Anak perempuannya yang berusia lima tahun dan suami terbaharunya juga dilaporkan hilang.

Media Laos melaporkan bahawa kereta Mercedez-Benze milik Wipaporn telah ditinggalkan berhampiran tebing Sungai Mekong di Laos.

Polis Thailand memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat kes itu dan menyerahkan semua bukti yang dikumpulkan kepada polis Laos untuk siasatan dan pendakwaan lanjut.

Superintendan Balai Polis That Phanom di wilayah Nakhon Phanom, Tawin Kankate melaporkan bahawa saudara kepada mangsa ingin mengadakan upacara pengebumian di Thailand.

Mayat Wipaporn kini berada di tanah perkuburan sebuah yayasan amal di bandar Mukdahan. Upacara pengebumian akan berlangsung selepas siasatan selesai.

 -Agensi


Ketua Imam di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan baca doa tambah isteri di sebuah program tertutup anjuran jabatan

Redzuan Muharam

redzuan.muharam@hmetro.com.my

RAKAMAN video yang tular di media sosial. FOTO Tular

RAKAMAN video yang tular di media sosial. FOTO Tular

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) maklum mengenai video tular bacaan doa untuk dimurahkan rezeki menambah isteri lebih daripada seorang di sebuah program tertutup anjuran jabatan yang membabitkan pegawainya, baru-baru ini.

Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, hasil siasatan mendapati lelaki membaca doa berkenaan adalah Ketua Imam di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.

Katanya, bacaan doa itu adalah di luar daripada teks doa yang ditetapkan pihak penganjur.

"Justeru tindakan nasihat dan teguran sudah diberikan terhadap pegawai berkenaan. Langkah itu bertujuan mengingatkannya supaya mematuhi garis panduan dan teks doa yang ditentukan oleh pihak Jawi pada masa akan datang.

"Ini kerana Jawi amat mengambil berat terhadap profesionalisme pegawai dalam melaksanakan tugasan supaya imej institusi Islam sentiasa terpelihara," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, tular di laman sosial rakaman video seorang pegawai Jawi yang berseloroh ketika membaca doa dalam satu majlis tertutup anjuran jabatan berkenaan.

Rakaman video berdurasi 44 saat itu menunjukkan lelaki itu berdoa memohon diberikan rezeki yang mencurah bagi melayari bahtera kehidupan dan membolehkan menambah isteri lebih daripada seorang.

Dalam video sama, pegawai berkenaan dalam doanya turut mengeluarkan kenyataan yang paling ramai berpoligami adalah dalam kalangan kakitangan Jawi.

Video tular itu mendapat reaksi kurang menyenangkan dalam kalangan pengguna media sosial.

Rata-rata warganet mempersoalkan tindakan pegawai itu yang dikatakan tidak sensitif dalam isu poligami.

Rafizi: Larang ahli politik dari terlibat perolehan aset tentera

Reshna Reem Ganesan

PETALING JAYA: Perolehan aset ketenteraan sebelum ini perlu disiasat dengan teliti dan ahli politik dilarang daripada terlibat dalam proses perolehan ini, kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Katanya, Malaysia punya potensi menjadi hab pembuatan pertahanan namun terletak di lokasi panas apabila terpaksa berdepan dengan masalah pertikaian wilayah di Laut China Selatan dan lanun di perairan Sabah.

“Pertahanan bukan soal main-main, kita ada ancaman lanun di Sabah, tersepit di Laut China Selatan, tetapi kita juga bukan negara kaya seperti China dan Amerika Syarikat yang berbelanja besar untuk pertahanan, jadi tak boleh habiskan banyak peruntukan,” katanya ketika sesi dialog pengundi muda Ayuh Malaysia bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di sini.

“Duit peruntukan bukan sedikit pun boleh makan berbilion, sebab itu Kementerian Pertahanan jadi lubuk curi duit,” katanya.

Rafizi mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk meneliti proses perolehan ini bagi menyelesaikan masalah berkaitan perlantikan kontraktor pertahanan tempatan.

“Lantik pakar dan bekas jeneral tentera yang pernah berkhidmat untuk negara serta negarawan dalam panel siasatan ini. Panggil mereka semula untuk membantu negara,” katanya.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini mendedahkan kelompongan kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Siasatan mendapati tiada satupun daripada enam kapal itu siap walaupun bayaran lebih RM6 bilion sudah dijelaskan.

Rafizi juga mendakwa ada konflik kepentingan membabitkan ahli politik dan syarikat Boustead Naval Shipyard yang membina kapal itu.

Malah, Rafizi juga mendedahkan kepincangan kontrak perolehan meriam artileri jenis Self Propelled Howitzer (SPH) untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM) membabitkan peruntukan RM854 juta.

Mengulas mengenai dana kerajaan, Rafizi turut menyentuh isu geran untuk kajian dan pembangunan yang menurut beliau menjadi antara paling banyak membazirkan dana.

Ada peruntukan untuk geran kecil yang memfokuskan idea inovatif tetapi geran itu hanya mencukupi untuk di peringkat pembuktian konsep sahaja dan tiada geran tambahan untuk menjadikan idea itu satu kenyataan.

“Tiada satu pun idea ini berjaya akibat proses ini,” katanya.

Katanya, penting untuk mengenalpasti laluan berbeza untuk setiap individu yang mempunyai idea asli dan kemampuan untuk menempuh beberapa peringkat apabila menerima geran bantuan.