"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis berjaya ‘tipu’ penunggang skuter

KOSMO!
KADBOD 'anggota dan kereta polis' di Telanggana. - Foto Times Now
NEW DELHI – Dua penunggang skuter tertipu dengan kadbod yang mempunyai bentuk seperti anggota polis sedang berdiri di tepi jalan raya di negeri Telangana, India, lapor akhbar a Hindustan Times kelmarin.

Dalam satu rakaman video di platform X, dua penunggang menaiki skuter berhenti di tepi jalan.

Salah seorang daripada mereka kemudian memakai topi keledar setelah melihat kadbod yang mempunyai bentuk seperti anggota dan kereta polis dari jauh.

Kedua-dua penunggang itu kemudian meneruskan perjalanan dengan menunggang skuter tersebut.

Namun, bila tiba di tempat ‘anggota polis’ itu berdiri, mereka kemudian menyedari telah diperdayakan.

Ini adalah kerana ‘anggota polis’ itu sebenarnya adalah kadbod dua dimensi (2D).

Rakaman video itu mendapat pujian di platform X kerana kebijaksanaan polis menyelesaikan masalah perlanggaran undang-undang  jalan raya. – AGENSI

Rafizi jawab Muhyiddin yang kaitkan subsidi diesel bersasar dengan pinjaman IMF

Harapandaily

Pertanyaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kempen ceramah mega PN di Sungai Bakap kelmarin yang bertanyakan sama ada pelaksanaan penyasaran subsidi diesel mempunyai kaitan dengan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menarik perhatian Rafizi Ramli.

Menteri Ekonomi itu menempelak pihak pembangkang berhubung isu tersebut memandangkan tidak timbul soal pinjaman IMF kerana Malaysia bukannya di ambang muflis.

Tegasnya, hanya negara yang berada di ambang bankrap dan tidak mampu lagi membayar hutang sahaja yang akan mendapatkan bantuan kewangan IMF.

“Kamu tak boleh pergi kepada IMF kalau kamu boleh bayar hutang.

“Ada Malaysia nak bankrap sekarang, ada kita tak boleh bayar hutang? Tak timbul soal IMF, kalau pun ada orang gila nak pinjam IMF, IMF akan kata kamu gila.

“Kamu tak boleh pinjam daripada kami (IMF) kerana kamu masih lagi ada duit. Negara yang pergi kepada IMF hanyalah negara yang sudah nak bankrap, baru boleh pergi kepada IMF,” katanya.

Rafizi berkata demikian pada Ceramah Perpaduan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Taman Tasek Indah, Simpang Ampat malam tadi.

Berbaki lagi lima hari tempoh berkempen PRK Sungai Bakap yang merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal.

Kerajaan Perpaduan diwakili bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin, 60, sebagai calon.

Beliau akan berentap dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail, 56, yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal.

Seramai 39,279 pemilih layak mengundi dalam PRK DUN Sungai Bakap yang terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

Lamborghini terbabas dan terbakar, pemandu maut

FMT Reporters

Nahas berlaku di Jalan Bentong-Karak dengan kenderaan mewah itu terbakar hampir 100%.
Bomba berkata, pemandu lelaki Lamborghini itu tersepit di bahagian pemandu, manakala seorang penumpang dihantar ke hospital oleh orang awam.
PETALING JAYA: Lelaki maut selepas kereta Lamborghini dipandu terbakar, dalam nahas di Jalan Bentong-Karak KM57.1 arah Timur, Bentong.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.06 pagi.

Katanya, lapan anggota dari Balai Bomba Bentong bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 26km.

“Terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Lamborghini yang telah terbabas dengan peraturan kebakaran kira-kira 100%.

“Seorang lelaki dewasa iaitu pemandu tersepit di dalam kereta, manakala satu perempuan dewasa iaitu penumpang kereta telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, pemandu tersepit disahkan meninggal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.