"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lamborghini terbabas dan terbakar, pemandu maut

FMT Reporters

Nahas berlaku di Jalan Bentong-Karak dengan kenderaan mewah itu terbakar hampir 100%.
Bomba berkata, pemandu lelaki Lamborghini itu tersepit di bahagian pemandu, manakala seorang penumpang dihantar ke hospital oleh orang awam.
PETALING JAYA: Lelaki maut selepas kereta Lamborghini dipandu terbakar, dalam nahas di Jalan Bentong-Karak KM57.1 arah Timur, Bentong.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.06 pagi.

Katanya, lapan anggota dari Balai Bomba Bentong bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 26km.

“Terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Lamborghini yang telah terbabas dengan peraturan kebakaran kira-kira 100%.

“Seorang lelaki dewasa iaitu pemandu tersepit di dalam kereta, manakala satu perempuan dewasa iaitu penumpang kereta telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, pemandu tersepit disahkan meninggal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tiada ulasan: