"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ISA: Mansuh Bukan Pinda

Salmiyah Harun

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Janji Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran negara untuk meminda Akta ISA, bagaimanapun parti KeADILan sekali-kali tidak akan menerima akta itu jika tiada pindaan yang menyeluruh.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishamuddin Hussien Onn menegaskan di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa Akta ISA akan dipinda dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun,Naib Presiden KeADILan, R. Sivarasa berkata, sudah tiba masanya kerajaan membawa sistem perundangan dan kehakiman negara ke tahap yang lebih matang seperti yang diamalkan negara-negara lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Subang menegaskan pendirian Pakatan Rakyat terhadap akta zalim itu adalah jelas bahawa akta itu melanggar prinsip hak asasi dan nilai agama .

"Kerajaan tidak patut pinda akta ini tetapi ia wajar dimansuhkan sahaja. Tidak payah bincang lagi dan nak kaji semula atau seksyen mana yang perlu dipinda,"katanya ketika ditemui di parlimen.

Beliau juga meminta kerajaan melihat negara jiran seperti Indonesia yang turut mempunyai pengganas bagaimanapun mereka sanggup dihadapkan ke mahkamah terbuka sehingga dibuktikan bersalah.

"Apabila ada bukti orang itu memang ada perancangan membuat ganas misalnya mahu meletupkkan bom, jadi mereka telah buktikan itu, macamana kita tidak boleh buat macam ini?

"Kenapa polis kita tidak boleh siasat? Kenapa institusi kehakiman kita tidak boleh menjalankan keadilan? Sebagaimana jiran kita Indonesia dan tak payah kita pergi jauh tengok contoh terdekat sahaja iaitu Indonesia,"katanya.


Najib Altantuya:Mengapa Najib teringin Omar jadi CEO Petronas?

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menjelaskan isu berhubung mengapa beliau terlalu inginkan, Omar Mustafa menjadi CEO Petronas yang baru menggantikan Tan Sri Hassan Marican.

Menurut Kit Siang, ini satu tindakan yang menggusarkan kerana individu yang dilantik ke jawatan sepenting itu mempunyai rekod yang tidak baik.

Walhal katanya, mesyuarat Lembaga Pengarah Petronas bulan lalu telah menolak cadangan menamakan Omar selaku CEO.

Isu ini kata Kit siang tidak pun disiarkan akhbar-akhbar arus perdana yang hanya menyepikan dari pengetahuan awam, walhal Petronas adalah syarikat berkepentingan awam yang besar nilainya.

Najib dikatakan mencalonkan nama Omar namun telah ditolak oleh Lembaga Pengarah Petronas, namun sekali lagi beliau akan mencalonkan nama Omar bagi mewujudkan rejim Najib di Petronas, ujarnya.

Ujar Kit Siang, Petronas menolak pencalonan Omar kerana omar mempunyai rekod melanggar perjanjian pelajaran tajaan Petronas sebelum ini.

Omar dikatakan tidak mengikuti syarat melengkapkan perkhidmatan mengikut tahun yang ditetapkan dalam perjanjian dengan Petronas menyebabkan syarikat itu mengambil tindakan undang-undang ke atas Omar pada tahun 2001, dakwa Kit siang.

"Najib perlu jelaskan kepada Parlimen mengapa beliau terlalu inginkan orang yang ada masalah perjanjian dengan Petronas untuk menjadi CEO Petronas dan lagi menyedihkan Omar juga ditolak Lembaga Pengarah Petronas," katanya.

Sementara itu Tan Sri Hassan Marican tidak menolak kemungkinan spekulasi mengenai penggantinya kini sedang hangat diperkatakan.

Namun beliau sendiri tidak tahu akan siapa penggantinya dan hanya berkata "tanyalah kepada kerajaan".


Umno/PAS : Kenyataan Mursyidul Am dihukum haram oleh Harussani

Mufti Perak tak jumpa bukti kukuh. Tak jumpa kerana tak nampak. Tak nampak kerana buta. Buta pula bukan sejenis sahaja. Ada buta mata. Ada buta hati.

Seorang sahabat RasuluLlah s.'a.w.w. buta matanya. Namanya
Abdullah ibn Ummi Maktum. Tetapi hatinya tidak buta. Dia mulia. Ada orang yang tidak buta matanya. Tetapi hatinya buta. Orang itu hina.

Bagaimanapun, di antara ajaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ialah seperti berikut:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan
Berita berkaitan:
Haram tuduh tanpa bukti kukuh

Sainar Harian (26/6/09): Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, haram jika menyamakan sebuah parti politik dengan ajaran sesat tanpa memberikan bukti yang kukuh.

Beliau yang kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak wajar bagi seorang pemimpin yang tinggi ilmu agamanya membuat tuduhan tanpa asas yang kukuh.

“Nik Abdul Aziz adalah seorang yang tinggi ilmu agamanya. Bagi saya, menyamakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin adalah sesuatu yang tidak wajar," katanya semalam.

Beliau berkata, kenyataan seperti itu tidak harus dikeluarkan kerana boleh menimbulkan konflik memandangkan Umno dan PAS dianggotai oleh orang Melayu yang beragama Islam.
http://penarikbeca.blogspot.com/