"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mana Yang Wajib? Patuhi Ajaran Nabi Atau Patuhi Perintah Sultan?

Tok Janggut
Terkejut sakan penulis bila membaca kenyatan Ketua Polis Negeri Selangor dan Pengarah MAIS bahawa Sultan arahkan tindakan kepada sesiapa yang menggunakan Masjid untuk ceramah politik. Kalau benarlah ini arahan Sultan, inilah bahana dan bahayanya melantik bukan ahlinya menjadi Ketua Agama, apatah lagi jika Ketua Agama itu dikenali sebagi seorang kaki betina, kaki arak dan kaki judi.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa larangan bercakap politik dalam Masjid adalah peninggalan penjajah adalah tepat. Masjid adalah tempat untuk menghuraikan segala masalah manusia yang berasaskan Quran dan Hadis Nabi termasuk bab ibadah, bab Negara (politik), ekonomi dan segala-galanya telah disediakan oleh Allah untuk manusia.

Kenyataan Datuk Zahid bahawa Dato Hassan Allah derhaka kepada Sultan kerana berkhutbah Jumaat adalah kenyataan orang sesat dan syirik. Apakah yang dilakukan oleh Dato Hassan Ali itu bercanggah dengan Quran dan Hadis? Sekiranya tidak, peduli apa dengan perintah Sultan? Apa yang Sultan tahu tentang hukum Islam dan bab ibadah? Bab arak dan perempuan dia tahulah. Sepatutnya Ketua Agama mesti dilantik dari kalangan individu yang kuat pegangan agamanya, warak dan dalam ilmu Islamnya bukan dari kalangan yang kerjanya hanya melakukan kemungkaran pada Allah dan menghabiskan harta rakyat seperti kawasan balak dan projek-projek. Kita tersentuh hati melihat akhlak Pemangku Sultan Kelantan. Sentiasa ke masjid berjemaah, menziarahi rakyat miskin dan yang uzur dan boleh mengimamkan solat. Inilah Ketua Agama warisan Nabi dan para sahabat. Inilah Sultan tempat orang Melayu berpayung dan Ketua Agama Islam yang kita cari dan bersesuaian dengan ajaran Nabi.

Bapak Hamka dalam kitab Tafsir Al Azharnya secara terang menjelaskan bahawa "barangsiapa yang mengatakan atau beriktikad bahawa agama dan politik itu tidak ada kena mengena, mesti dipisahkan, sesungguhnya mereka itu jatuh kufur dan sesat". Yusof Al Qardawi dalam kitabnya juga menyatakan bahawa sesiapa memisahkan agama dan politik, hukumnya sesat. Dan hanya orang yang kufur dan sesat saja yang akan berusaha mencegah dan menghalang masjid yang merupakan rumah Allah untuk disampaikan ilmu Allah dan ajaran Nabi termasuk politik.

Oleh kerana politik bawaan UMNO itu jelas sesat dan syirik, maka mereka mencari jalan untuk menghalang ianya disampaikan dalam rumah Allah, kerana takut umat Islam akan faham ajaran Islam yang sebenar dan akhirnya sedar dan insaf lalu meninggalkan UMNO. Adakah Nik Aziz datang ke masjid, beri kuliah dan ajak manusia supaya lawan hukum Allah? Lawan ajaran Nabi? Lawan peringatan para-para ulama dahulu?

Kalau khutbah Jumaah di masjid-masjid UMNO yang jelas mengajak jemaah supaya akur, patuh dan memuji UMNO, apakah itu bukan politik? Lagi teruk dan sesat isi khutbahnya kerana mengajak jemaah taat dan petuh kepada sebuah kerajaan dan parti yang jelas sesat dan syirik dari ajaran Allah dan Rasul. Mengapa Sultan tak tegur dan tak halang? Kerana Sultan jahil dan buta agama. Ini Ketua Agama? Patutlah bermacam bala yang Allah turunkan akibat orang jahil dan bukan ahlinya (kaki maksiat) dilantik menjadi Ketua Agama dan menjaga urusan agama. Punah dan hancur Negara dan umat. Semua rakyat tanggung dosa dan jawab depan Allah kelak. Ada mufti pun tak ubah macam Abdullah bin Ubai.

Bagaimana Ketua Agama membiarkan malahan mengizinkan kilang-kilang judi dan kilang arak bertaburan dalam negerinya? Pejabat agama buat apa? Tumpang sama?

Allah dan Rasul tidak haling masjid digunakan untuk bercakap politik (berkaitan pemerintahan yang bersumberkan Quran dan hadis), tiba-tiba ada pula puak jahil cuba menjadi jaguh agama kononya member arahan tidak boleh. Siapa kamu? Apakah kamu lebih hebat dari Allah dan Rasul? Apakah rakyat kena patuh dengan arahan Sultan yang bercanggah dengan ajaran Nabi atau kena patuh dengan Sunnah Nabi?

Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS bukanya bercakap dalam masjid untuk ajak jemaah pergi berjudi, minum arak, makan rasuah, tipu rakyat dan berzina seperti orang UMNO, , tetapi ajak manusia taat pada Allah dan ajaran Rasul, nasihat manusia agar jangan menyokong atau bersekongkol dengan golongan yang sesat dan syirik pada Allah kerana balasanya adalah neraka kelak. inikah yang hendak dihalang? Mengapa Sultan tak halang pemimpin dan orang UMNO yang makan rasuah, minum arak, berjudi, berzina, rampas tanah rakyat, roboh rumah Allah dan roboh rumah rakyat miskin? Umat Islam patut dan wajib menilai, apakah perlu di taati perintah Sultan yang sebegini. Pejabat agama pun hanyalah barua UMNO, tak tahulah pejabat agama apa? Agama Islam atau agama Yahudi (APCO).

Oleh itu, kepada pejuang Islam, pendakwah dan tokoh-tokoh agama, teruskan dakwah demi untuk memenuhi amanah Rasulullah supaya semua ajaranya disampaikan kepada semua manusia termasuk bab politik (pemerintahan). Pedulikan golongan jahil dan sesat kerana mereka tidak punya hak untuk menyekatnya. Jika kita patuh dengan perintah golongan seperi ini bermakna kita juga termasuk golongan yang syirik lagi sesat. Ketaatan mutlak kita hanya pada Allah dan ajaran Rasullullah, bukan kepada puak munafik dan kaki maksiat. UMNO menggunakan Sultan hanya untuk menjadi alat mereka saja. Untuk mempastikan Sultan akur dan patuh dengan mereka, kawasan balak dan projek menjadi umpan mereka. Yang terus merana adalah rakyat bawahan, rakyat miskin. Sedarlah wahai rakyat Malaysia. Sehingga bila kamu harus diperbodohkan? Kepada Dato HassanAli, tahniah dengan keberanian Datuk. Perintah Allah dan Rasul mengatasi segala-galanya. Tidak timbul isu Datuk derhaka pada Sultan kerana durhaka serta dosa-dosaSultan pada Allah dan Rasul serta kepada rakyat lebih banyak. Wallahualam.

Pilihan Raya Kecil Serangan peribadi terhadap Zaid:Rancangan untuk kenakan PM

Ahmad Nizam Hamid

Saya kira tidak pernah di dalam mana-mana Pilihan Raya - baik PRU mahupun PRK-serangan terhadap peribadi calon dilakukan secara terang-terangan. Jika selama ini, walaupun ulah sebegini sering terjadi yakni serangan memburuk-burukkan calon lawan berlaku yang bersifat peribadi, namun skalanya tidaklah secara terang-terangan tetapi lebih bersifat "bisik-bisik" atau berupa surat layang.

Manakala PRK Parlimen Hulu Selangor (PRKP HS) yang sedang berjalan rancak hari ini memperlihatkan wajah atau citra UMNO/BN yang begitu memualkan; nampaknya serangan yang bersifat peribadi atas isu akhlak dan moral dihalalkan oleh pemimpin UMNO tanpa had.

Panglima-panglima UMNO seperti Khir Toyo, Ali Rustam, Muhyidin Yassin dan yang lainnya seolah-olah dirasuk palung mendendangkan isu akhlak atau moral Zaid Ibrahim dengan pelbagai tuduhan - kaki botol, womaniser, kaki judi dan pelbagai lagi - secara terang-terangan, tanpa segan-silu. Demi sebuah kemenangan mungkin, maka UMNO/BN sanggup "stoop too low" tanpa menghiraukan etika dan adab (bukankah salah satu rukun di dalam Rukunegara ialah "kesopanan dan kesusilaan?).

Media perdana, baik bercetak mahupun televisyen memaparkan isu akhlak Zaid Ibrahim tanpa taranya. Kesemua ini guna untuk mengolah persetujuan rakyat/pengundi bahawa calon KEADILAN punya akhlak yang jelek dan menjijikkan. Sasaran utama mereka ialah para pengundi Melayu Muslim yang merupakan pengundi majoriti di situ.

Pun begitu, propaganda hitam seperti ini bukanlah perkara baru. Jika ditelusuri sejarah akan dapat kita fahami bagaimana propaganda yang bersifat serangan peribadi ini dilakukan; Dato Bahaman, Mat Kilau, Imam Perang Rasu, Dato Maharajalela, Si Putum, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbung (sekadar menyebut beberapa nama) dan ramai lagi pejuang dilabelkan sebagai PENDERHAKA kepada Sultan.

Malah penjajah (dan anak murid penjajah) akan memberikan alasan yang begitu sepele untuk mengolah persetujuan ramai bahawa faktor para Pahlawan bangsa ini bangkit berjuang di atas alasan yang bersifat peribadi yang begitu menjelekkan. Kerana itulah kita diberitahu alasan perjuangan Pahlawan bangsa ini kerana mahu memelihara hamba atau kerana tidak lagi boleh mengutip cukai dan 1001 tuduhan. Tidak pernah mereka (dimaksudkan dengan para sejarawan barat dan anak muridnya yang masih ada hingga kini) para Pahlawan bangsa ini dikatakan berjuang untuk kemerdekaan dan menghalau penjajah. Maka atas kalimat PENDERHAKA kepada Sultan, propaganda penjajah berhasil mengolah persetujuan rakyat ketika itu untuk tidak berpihak kepada Dato Bahaman dan yang lainnya.

Sewaktu Perang Dingin khususnya di era Darurat (dari sudut perundangan Malaysia tidak pernah sehingga ke hari ini diistiharkan bebas dari Darurat) propaganda tentang kejahatan Komunis diuar-uarkan. Cukup dengan tuduhan tanpa asas bahawa seseorang itu merupakan agen komunis atau penyokong komunis atau simpatisan atau berjuang di atas ideologi komunis atau dituduh komunis memungkinkan kebebasan dan hak asasi individu tersebut tercabut dan dihalalkan untuk dikurung tanpa bicara di Kamunting atau tempat tahanan yang lain baik di Malaysia mahupun Singapura.

Lihat sahaja pengalaman Syed Husin Ali yang dicatatkan di dalam bukunya,Two Faces / Dua Wajah atau kisah Pak Said Zahari) pengalaman beliau di Singapura. Kedua-duanya ditahan di bawah ISA yang zalim itu antaranya atas tuduhan komunis. Rakyat yang saban waktu dicuci otak dengan propaganda buruk tentang komunisisme (tanpa tahu atau faham apa itu komunisme) menerima segala yang dinyatakan oleh kerajaan seadanya. Ertinya di kurun waktu tersebut akibat propaganda sedemikian rupa maka fikrah rakyat sudah diolah bahawa sesungguhnya ada justifikasi di atas penahanan inidividu di atas kalimat komunis.

Pengalaman yang sama dialami oleh Anwar Ibrahim sewaktu beliau dilanyak tanpa ampun oleh media dan alat kerajaan seawal bulan September 1998 (dan berterusan hingga ke hari ini); propaganda sengit yang menyerang peribadi Anwar Ibrahim dibuat sebegitu rupa guna untuk mengolah persetujuan rakyat yang sekali gus untuk menghalalkan fitnah terhadap beliau. Malangnya, kali ini propaganda jelek UMNO/BN tersasar, rakyat tidak mempercayai segala tuduhan dan fitnah keji itu. Propaganda jelek ke atas Anwar Ibrahim akhirnya memakan diri UMNO/BN sendiri apabila rakyat bangun dan membuat pilihan.

Kali ini sasaran mereka ialah Zaid Ibrahim UMNO tahu Zaid Ibrahim punya tampang dan kaliber dan ini meresahkan mereka. Kerana takut berdepan sebagai anak jantan, berdebat soal prinsip dengan bijaksana maka UMNO mengambil pendekatan yang benar-benar tidak beretika dan beradab dengan menyerang peribadi serta mempersoalkan akhlak Zaid Ibrahim.

Tentunya yang menjadi lelucon ialah pemimpin UMNO yang membantai Zaid Ibrahim itu bukan pula yang berakhlak mulia! Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka juga punya isu moral yang dipersoalkan. Pun begitu mereka ini - Khir Toyo, Ali Rustam dan yang lainnya - mempamerkan muka tebal mereka seolah-olah mereka punya akhlak par excellence dan maksum. Saya tidak punya perkataan yang lebih lunak selain dari hipokrit!

Pada masa yang sama, saya cenderung menilai permainan propaganda jelek ini dari sudut perebutan kuasa dalaman UMNO. Najib dan Muhyidin Yasin dilihat bukanlah gandingan yang punya chemistry; malah di dalam banyak perkara Muhyidin dilihat menjarakkan dirinya daripada Najib. Sudah menjadi rahsia umum Muhyiddin khabarnya sedang menyusun kekuatan beliau untuk mengambil alih tampuk kekuasaan daripada Najib.

Saya beranggapan Muhyiddin Yassin tidak naif apabila memberikan lampu hijau kepada jentera UMNO/BN membangkitkan isu akhlak Zaid Ibrahim. Tentunya beliau mendapat nasihat serta pandangan menyeluruh dari pakar perang saraf UMNO/BN sebelum beliau memilih opsyen untuk menyerang peribadi Zaid Ibrahim. Dan tentunya Muhyidin menyedari bahawa sebarang serangan peribadi khususnya isu akhlak akan ada serangan balas ataurepercussion daripada Pakatan Rakyat.

Dan inilah yang terjadi-apa yang diharapkan oleh Muhyidin menjadi-serangan balas daripada jentera PR tentunya membabitkan persoalan moral beberapa pemimpin UMNO khususnya batang tubuh Perdana Menteri/Presiden UMNO, Najib Razak. Najib Razak yang sudah sekian lama sememangnya dilihat sebagai pemimpin utama UMNO yang punya banyak baggage dan jerangkung di dalam almari.

Sekadar menyebut beberapa contoh, daripada isu Altantuya yang tidak kunjung padam malah kembali dihangatkan gara-gara perang saraf Muhyidin hinggalah kepada skandal pembelian pesawat pejuang, kapal selam dan yang lainnya. Malah turut dikaitkan dengan isteri beliau Rosmah Mansor. Pengakuan PI Bala khabarnya diterjermahkan ke bahasa Melayu untuk diedarkan. Lihat juga siri serangan balas melalui foto-foto dan tulisan-tulisan yang mengaitkan Najib dengan pelbagai persoalan akhlaknya.

Sepupu Najib, Hishammuddin turut menjadi "mangsa" propaganda hitam akibat dari ulah Muhyiddin ini. Betapa foto-foto lama (menurut Hishammuddin sendiri sudah lebih lapan tahun berlegar di dunia maya) yang tentunya menimbulkan persoalan tentang moral beliau dimuat turunkan daripada internet. Begitulah sedikit sebanyak gambaran yang boleh diberikan.

Saya menyebut Muhyidin tentunya tidak naif apabila memberikan lampu hijau kempen memburuk-burukkan Zaid Ibrahim dihalalkan. Dan Muhyiddin punya wewenang untuk menghalang serangan peribadi dari dilakukan tetapi beliau tidak mengambil pilihan itu. Beliau tidak naif kerana pastinya mengetahui atau sekurang-kurangnya dapat meramalkan tentunya akan ada serangan balas yang akan disasarkan ke arah batang tubuh PM ketimbang lain-lain pemimpin UMNO/BN.

Propaganda yang baik ialah yang tidak ada tindakbalas yang merugikan!

Pada hemat saya, walau apa pun keputusan PRK Hulu Selangor,yang benar-benar kalah ialah Najib Razak dan pemimpin UMNO lainnya. Buat pertama kali,saya kira, "free for all" berhubungkait dengan isu akhlak PM dan pemimpin BN lainnya diperkatakan secara terbuka dan tentunya aliran informasi yang "counter" propaganda UMNO itu menyebabkan ada makcik FELDA yang selama ini tidak mengetahui mengenai "kebejatan" moral pemimpin UMNO mula mempersoalkan integriti dan akhlak PM dan pemimpin UMNO/BN lainnya.

Tahniah kepada Muhyidin Yassin di atas inisiatif ini.

*Artikel ini ditulis oleh Ahmad Nizam Hamid, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Temerloh Pahang dan Penasihat Undang-undang KEADILAN Pahang. Artikel ini telah disiarkan di blog Lanai Lestari.

**Nota Editor: Pada 18 April, TPM Muhyiddin Yassin menafikan bahawa UMNO yang melancarkan serangan peribadi terhadap calon PKR, Zaid Ibrahim; sebaliknya mendakwa bahawa isu ini dibangkitkan oleh media.

Dr.Jacob George: Suapan Atau Imbuhan Kepada Pengundi Menyalahi Undang-Undang Antarabangsa

Sebarang bentuk imbuhan atau suapan kepada pengundi ketika Pilihan Raya berlangsung menyalahi undang-undang di peringkat antarabangsa, kata Presiden Persatuan Pengguna dan Shah Alam, Datuk Dr. Jacob George.

Beliau berkata gelagat parti tertentu yang menabur janji kepada rakyat seharusnya tidak diamal di negara ini bagi mengelakkan pengundi menjadi mangsa, lebih-lebih lagi dalam pilihan raya kecil.

Dua hari sebelum pengundian pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerajaan Umno Barisan Nasional menyampaikan pampasan kepada 363 peneroka felda sungai buaya selepas berbelas-belas tahun penantian.

Mereka menerima 50 ribu ringgit setiap peneroka dengan 1 ribu wang tunai disampaikan secara tunai, selain dijanjikan kemudahan persimpangan bertingkat tanpa member alasan munasabah mengapa penyelesaian ini tidak dibuat lebih awal.

“Bukan dalam persatuan pengguna sahaja tetapi ini adalah satu konvensyen dan udang-undang antarabangsa, undang-undang nasional mana-mana negara pun. Ini adalah berkaitan dengan ketelusan dan akauntabiliti pemerintahan kerajaan yang baik.

“Apabila kita ingin membantu sesuatu masyarakat, kita boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja tetapi bila sesuatu dilakukan apabila ada satu pemilihan atau cabaran baru hendak berikan bantuan, itu boleh dianggap sebagai rasuah politik,” katanya.

Dr Jacob mempersoal kesungguhan pemimpin membela rakyat sedangkan mereka selama ini tidak mengambil berat akan tanggungjawap sekian lama.

Beliau berasa malu jika suruhanjaya pilihan raya tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang menabur janji.

Beliau juga mencadangkan semua persatuan pengguna dijadikan pemantau pilihan raya supaya gejala tabur janji ini tidak berleluasa.

“Ini memalukan kita dan memalukan profesional kita dan yang pakar dalam undang-undang dan jadi sebab ini kita perlu katakana yang kita perlu tukarkan fikiran di peringkat akar umbi dan kita perlu ada satu kesedaran baru iaitu jika kita hendak lakukan sesuatu untuk masyarakat kita, kita perlu buat sebelum ada pilihan-pilihan seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin kesal kerana Najib lambat menyelesaikan masalah pampasan peneroka sungai buaya sebaliknya menunggu pilihan raya berlangsung.

Beliau kesal berikutan kerana baik SPR mahupun SPRM berdiam diri dan meminta pengundi menilai semula lambakan janji-janji manis yang ditabur pimpinan Umno BN yang belum dilangsai.

“Ini adalah janji pilihan raya berbentuk suapan dalam bentuk wang bermakna dengan harapan bila rakyat diberikan duit, orang yang menerima habuan itu akan mengundi Barisan Nasional, itu jelas dari segi undang-undang bersalahan dengan akta undang-undang pilihan raya malah salah dengan akta pencegahan Suruhanjaya Rasuah Malaysia,” kata Shamsul.
- tvselangor-